Monday 30 July 2012

SMS Selangor ungguli ragbi 10 sebelah 1MIS

SEKOLAH Menengah Sains (SMS) Selangor muncul juara Kejohanan Ragbi 10 sepasukan Bawah 16 Tahun Karnival 1Murid 1Sukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) Pengkalan Chepa, Kelantan, baru-baru ini.
SMS Selangor yang menewaskan SMS Hulu Selangor pada perlawanan akhir ragbi nyata sukar digugat apabila membenam cabaran lawan dengan keputusan 32-3.Berikutan kejuaraan itu, SMS Selangor menerima piala pusingan, piala iringan dan medal serta sijil yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Rosland Hussein.Sementara itu, SMS Muar, Johor menjuarai pertandingan bola jaring SBP sempena karnival berkenaan apabila menewaskan SMS Teluk Intan, Perak pada perlawanan akhir yang diadakan di SMS Pasir Puteh, Kelantan.Tempat ketiga bersama dimenangi SMS Pasir Puteh dan SMS Kuala Selangor, manakala pemain terbaik disandang oleh Fatin Athirah Mohd Asri dari SMS Muar, sekali gus memenangi piala iringan dan medal.Dalam pada itu, Rosland ketika berucap menutup kejohanan itu berkata, penyertaan pelajar dari SBP di seluruh negara dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan mereka.Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pelajaran menggalakkan penyertaan aktif pelajar di semua peringkat termasuk di SBP mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan kerana ia mampu melahirkan generasi sihat dan cergas."Selain tumpuan mencapai kecemerlangan dalam akademik, sukan juga amat penting diserta pelajar kerana ia turut diambil kira kepada mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam."Saya bangga melihat ramai bakat sukan dilahirkan menerusi program pembangunan sukan yang bermula sejak usia muda lagi dan pelajar yang berbakat dapat diketengahkan bagi mewakili sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan," katanya.

Publication: HM
Date of publication: Jul 24, 2012
Byline / Author: Ismail Muhamad

GRAND:School shows its prowess at the Columbia Asia-COBRA Tournament


AFTER an enthralling battle for the championship title, SMK  Lembah Keramat came out tops at the Columbia Asia-Cobra  School Rugby Tournament at SMK Puchong Utama (I) on Saturday.
SMK Lembah Keramat beat SMK Seksyen 19, Shah Alam 20-12 in the final. Third place went to SMK Tinggi Kajang.

From a total of 18 schools that participated in the Columbia Asia-Cobra School Rugby Programme since June 16, eight were selected to take part in the tournament which started on June 30 and ended on Saturday.

The event was attended by students from participating schools, teachers, parents, representatives of Columbia Asia and Cobra as well as members of the public.

Free health screenings were provided for the attendees at the event venue, courtesy of Columbia Asia.

The grand trophy was given away by the CEO of Columbia Asia-South East Asia, Kelvin Tan.

Also on hand to give away the prizes was Education Ministry's Malaysian Schools Sports Council  assistant management director, Mohd Hamry Ismail. 

The Columbia Asia-Cobra School Rugby Programme was a Corporate Social Responsibility initiative. It is a collaborative effort between international private healthcare company Columbia Asia and the Combined Old Boys Rugby Association (COBRA).

The schools involved had shown keen interest in the sport, even though rugby is not considered a core sport in Malaysia, unlike football and badminton.

A total of 18 schools from across the country participated in this programme.

The schools were selected from areas where Columbia Asia hospitals are located in Peninsular Malaysia, namely Taiping, Cheras, Setapak, Puchong, Bukit Rimau in Shah Alam, Seremban and Nusajaya in Johor Baru.

Secondary school students, aged 16 and below, were trained in the game of rugby, guided by Cobra members with cooperation from teachers and coaches in the respective schools. The schools also benefited from health talks and first Aid demonstrations.

With this initiative, the organisers hope that the schools, and eventually the state, will be able to develop better players and continue their interest in the game.


Read more: SMK Lembah Keramat crowned champions - Central - New Straits Times http://www.nst.com.my/streets/central/smk-lembah-keramat-crowned-champions-1.109036#ixzz22AU2bE1B

Senarai Jabatan Pelajaran di Malaysia

Senarai negeri, alamat, nombor telefon dan website Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri di Malaysia.



Jabatan Pelajaran Perlis 
Jalan Tun Abdul Razak,
01990 Kangar, Perlis.
Tel :  04-9761177
Faks :  04-9767080
Web : http://www.pendidikanperlis.edu.my
Jabatan Pelajaran Kedah 
Kompleks Pendidikan,
Jalan Stadium,
05604 Alor Star,
Kedah Darul Aman.
Nombor telefon 04-7331311
Nombor faks 04-7317242
Laman web http://www.kedah.edu.my
Alamat e-mel shahidan@ked.moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Pulau Pinang 
Jalan Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang
Nombor telefon 04-6575500
Nombor faks 04-6582500
Laman web http://www.jpnpp.edu.my
Alamat e-mel
Jabatan Pelajaran Perak 
JABATAN PELAJARAN PERAK
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Nombor telefon 05-5015000
Nombor faks 05-5277273
Laman web http://pelajaranperak.gov.my
Alamat e-mel webmaster.perak@moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Selangor 
JALAN JAMBU BOL 4/3E,
SEKSYEN 4,
40604 SHAH ALAM,
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Nombor telefon 03-55186500
Nombor faks 03-55102133
Laman web http://www.moe.gov.my/jpnselangor
Alamat e-mel jpn.selangor@moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 
Jalan Dato' Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Nombor telefon 06-7653100
Nombor faks 06-7639969
Laman web http://www.jpnns.gov.my
Alamat e-mel jpn.nsembilan@moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Melaka 
JALAN ISTANA,
75450 BUKIT BERUANG MELAKA,
MELAKA
Nombor telefon 06-232 3776/777/778/779
Nombor faks 06-232 0500
Laman webhttp://www.moe.gov.my/jpnmelaka
Alamat e-mel aduan@mel.moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Johor 
WISMA PENDIDIKAN
JALAN TUN ABDUL RAZAK
80604 JOHOR BAHRU
JOHOR
Nombor telefon 07-2332200
Nombor faks 07-2385789
Laman web http://www.moe.gov.my/jpnjohor
Alamat e-mel jpn.johor@joh.moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Pahang 
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Nombor telefon 609-5715700
Nombor faks 609-5734857
Laman web http://www.moe.gov.my/jpnpahang
Alamat e-mel jpn.pahang@pah.moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Terengganu 
JALAN BUKIT KECIL
20604 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
Nombor telefon 09-6244500
Nombor faks 09-6227207
Laman web http://www.moe.gov.my/jpnterengganu
Alamat e-mel
Jabatan Pelajaran Kelantan 
Jalan Doktor,
15000 Kota Bharu,
Kelantan
Nombor telefon 09-7418001
Nombor faks 09-7482554
Laman web: http://www.moe.gov.my/jpnkelantan Alamat e-mel: webmaster.kel@moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Sabah 
Jabatan Pelajaran Sabah
Tingkat 4,5 dan 7, Rumah Persekutuan
88300, Kota Kinabalu
Sabah
Nombor telefon 088252224
Nombor faks 088234828
Laman web http://www.moe.gov.my/jpnsabah
Alamat e-mel zainuddin.awang@moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Sarawak 
Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga,
93604 Kuching
Sarawak
Nombor telefon 082-243201 / 253546 / 256195
Nombor faks 082-246750
Laman web http://apps.emoe.gov.my/jpnsarawak
Alamat e-mel
Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur 
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Persiaran Duta, Off Jalan Duta,
50604 Kuala Lumpur.
Nombor telefon 03-62037777
Nombor faks 03-62037788
Laman web http://www.moe.gov.my/jpwpkl
Alamat e-mel
Jabatan Pelajaran Labuan 
ARAS 10, BLOK 4,
KOMPLEKS UJANA KEWANGAN,
PETI SURAT 81097,
87020 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
Nombor telefon 087-583351 / 583351 / 583357
Nombor faks 087-583352
Laman web http://www.moe.gov.my/jpwpl
Alamat e-mel webmaster.labuan@wpl.moe.gov.my
Jabatan Pelajaran Putrajaya 
Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jalan P16, Presint 16,
62150 W.P. PUTRAJAYA
Nombor telefon : 03-8888 8922, 038890 3070 & 03-8890 3069
Nombor faks : 03-8890 3085
Laman web : www.moe.gov.my/ppwppAlamat e-mel : ppwpp@moe.gov.my
  

Friday 6 July 2012

Terung Atasi Masalah Kolestrol


Terung Atasi Masalah Kolestrol

by www.bharian.com.my

LEMAK adalah sebatian yang diperlukan badan tetapi pada kadar yang sedikit kerana ia adalah bahagian penting tisu saraf. Kolesterol pula berguna untuk penjagaan kesihatan, tetapi mesti pada jumlah yang betul.

Masalahnya, apabila kolesterol bertambah terlalu banyak, ia akan bertimbun di tempat yang tidak diperlukan dan melekat pada dinding serta bahagian arteri.

Kedua-duanya menjadi berat serta mengakibatkan penyumbatan dan menghalang laluan udara dan nutrien dengan lancar, lalu menghasilkan risiko kepada serangan darah tinggi dan jantung serta boleh mengancam nyawa jika tidak dikawal.

Oleh kerana kolesterol masuk ke dalam badan melalui lemak haiwan, pengurangan pengambilan bahan ini disyorkan bagi membantu melindungi diri daripada kolesterol berlebihan.

Sebenarnya, kolesterol hanya ada dalam makanan yang berasal daripada haiwan. Ini termasuk semua daging, produk susu, telur dan produk yang dibuat daripada makanan.

Kolesterol tidak kelihatan dalam makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kekacang dan produk yang diperbuat daripada makanan ini.

Bagi melaraskan pengambilan kolesterol, anda hanya perlu berwaspada dan berhati-hati terhadap perkara asas mengenai lemak.

Walaupun badan menghasilkan sedikit lemak, anda masih memerlukannya daripada makanan haiwan, cuma dalam jumlah terhad dan terkawal.

Kolesterol diperlukan untuk penghasilan hormon kelenjar, pembentukan sel tisu membran, penciptaan sel dan tisu baru. Ia adalah elemen yang berstruktur dalam dinding dan selaput yang mengelilingi gentian saraf tertentu, dipanggil selaput mielin.

Kolesterol juga ditukarkan kepada asid hempedu yang membantu proses pencernaan.

Jadi, lemak ini diperlukan, tetapi dengan jumlah yang hanya boleh dikendalikan dengan selamat oleh badan.

Sebaliknya, apabila lebih banyak kolesterol daripada yang mampu dihuraikan metabolisme diambil, ia boleh mencederakan kesihatan serta memendekkan usia hayat seseorang.

Makanan penawar yang seimbang perlu bagi membantu badan mengurangi kadar kolesterol dan menolong metabolik mencernakan lemak berlebihan serta mengembalikan keseimbangan lemak dalam organisma anda.

Terung, misalnya membantu membersihkan lemak badan selain penawar menentang lemak yang berkesan. Sayur ini mengandungi bekalan keseimbangan alam iaitu vitamin, galian dan gentian yang boleh membantu menghalang kolesterol daripada terkumpul dalam badan.

Bahan ini bekerja serta-merta selepas memakan terung yang dibakar atau dimasak yang bertindak menghalang penimbunan lemak atau kolesterol berlebihan.

Terung yang dicernakan membebaskan eleman yang akan mengikat kolesterol lemak di dalam usus, `menangkapnya' dan kemudian, mengangkutnya ke luar daripada sistem anda sebelum boleh berasmilasi di dalam aliran darah.

Ia mempunyai elemen anti penyerapan yang berkuasa dan menjadi penampan kepada kolesterol serta menghentikan perjalanannya ke dalam badan.

Sumber utama nutrien bersama vitamin A ialah bawang biasa. Kedua-duanya untuk membantu membuang penimbunan di sepanjang dinding arteri.

Apabila bawang putih dimakan, nutrien berjaya menentang longgokan kolesterol dan dengan penggunaan minyak yang tidak stabil, membantu memecahkan plak paling degil dan kemudian, menyediakannya untuk dihapuskan.

Karbohidrat semula jadi bawang akan memberi tenaga kepada metabolisme supaya ada peningkatan pemprosesan yang diperlukan untuk membuang kolesterol yang bertimbun.

Sumber Dari : Berita Harian Online

Khasiat Buah-Buahan Bantu Kurangkan Kolesterol


Khasiat Buah-Buahan Bantu Kurangkan Kolesterol

by Utusan Online - Aizawati Ahmad

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.
Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.
Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.
"Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
"Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.
Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.
Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.
Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''
Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.
"Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.
"Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.
Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.
UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.
Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.
"Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya.
Sumber Dari : Utusan Online

Memulakan Perbualan


Memulakan Perbualan

by Mrs Jagjeet Singh

  • Puji mereka mengenai sesuatu yang mereka pakai.
  • Pakai sesuatu yang boleh mencetuskan soalan.
  • Sentiasa mengambil tahu tentang apa yang berlaku supaya anda dapat memberi komen tentang isu semasa.
  • Bercakaplah mengenai perjalanan anda menuju tempat perjumpaan tersebut.
  • Bercakap mengenai cuaca.
  • Bercakap mengenai sukan jika anda fikir mereka berminat.
  • Bercakap mengenai hobi anda.
  • Bercakap mengenai budaya.
Topik yang harus dielakkan
  • Agama
  • Perbandingan gaji
  • Harga barang yang dipakai seseorang
  • Politik
Anda dinasihatkan untuk mengelak dari berbincang mengenai sesuatu isu yang menjurus kepada perbahasan dan pertukaran pendapat atau idea. Ini boleh menyebabkan anda berasa janggal atau tidak selesa.
Mrs Jagjeet Singh menjalankan khidmat nasihat berkenaan kemahiran berkomunikasi, ucapan dan perkembangan bahasa yang dijalankan di rumah. Beliau juga menjalankan program latihan korporat.

Satu Pelajaran Motivasi


Satu Pelajaran Motivasi


Seorang penceramah terkenal memulakan seminarnya dengan menunjukkan sekeping wang $20.  Di dalam bilik yang dipenuhi 200 orang itu, beliau bertanya, “Siapa mahu duit $20 ini?”  Ada yang mengangkat tangan.  Beliau berkata, “Saya akan memberikan duit $20 ini kepada salah seorang daripada anda tetapi sebelum itu, biar saya lakukan ini.”  Beliau terus meronyokkan wang tersebut.  Beliau kemudian bertanya, “Siapa masih mahu duit ini?”  Masih ada yang mengangkat tangan.  “Baiklah,” balasnya, “Apa kata jika saya buat begini?”  Dan dia membuangnya ke lantai dan menenyehkannya dengan kasut.  Beliau memungut kembali wang yang sekarang telah ronyok dan kotor.  “Sekarang, siapa yang masih mahukan duit ini?” Masih  juga ada yang mengangkat tangan.

“Kawan-kawan, anda baru sahaja mendapat satu pelajaran yang amat bernilai.  Tidak kira apa yang saya lakukan pada duit ini, anda masih mahukannya kerana perbuatan saya tidak mengurangkan nilai duit ini. Nilainya masih $20.  Berbilang kali dalam hidup ini, kita direbahkan, harapan kita dihancurkan, dan kita ditenggelamkan ke dalam kotoran akibat keputusan yang kita ambil dan keadaan yang terpaksa kita tempuhi.  Kita terasa seolah-olah tidak mempunyai nilai diri.  Tetapi biarpun apa jua yang telah atau akan berlaku, anda tidak akan kehilangan harga diri.  Anda adalah istimewa -  Jangan sesekali melupakannya!

Dari Internet

Bagaimana Membina Diri Anda


Bagaimana Membina Diri Anda

by Managing A Small Business

Selagi anda hidup, anda berupaya untuk berubah dan memajukan diri. Anda boleh buat apa yang anda mahu, jadi sesiapa saja yang anda mahu jadi. Berikut adalah beberapa fikiran positif bagaimana hendak terus membina diri anda dan mengamalkannya di dalam hidup.
  • Terima hakikat bahawa anda bertanggungjawab untuk memajukan diri anda sendiri; tiada siapa yang boleh melakukannya untuk anda. Apa yang anda lakukan hari ini akan menentukan tahap kesediaan anda untuk menempuh hari esok.
  • Luangkan sedikit masa setiap hari untuk diri anda.
  • Ambil kelas-kelas tertentu untuk terus bergerak sejajar dengan situasi semasa. Dunia sedang mengalami perubahan pesat dan anda hendaklah belajar untuk menangani perubahan ini untuk mengelakkan dari ketinggalan. Seperti kata Will Rogers, “Walaupun anda berada di jalan yang tepat, jika anda hanya duduk diam sahaja, anda akan dilanggar.”
  • Dengar kaset mengenai topik berkaitan perkembangan diri dan profesional.
  • Jangan kesali apa yang telah terjadi pada masa lalu. Anda hanya boleh mengawal tindakan anda pada masa sekarang, jadi lakukanlah sesuatu.
  • Belajar dari pengalaman orang lain; tidak perlulah anda mencuba segala-galanya sendiri. Ini menjimatkan masa yang anda perlukan untuk belajar.
  • Menangani masalah membantu anda belajar erti kesabaran dan menambah kemahiran anda dalam bidang pengurusan; ia adalah bentuk latihan mental yang baik.
  • Analisa kesilapan anda tanpa menghakimi diri sendiri. Ini membantu anda mengelakkan kesilapan yang sama pada masa akan datang.
  • Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda dapati anda membuat sesuatu pekerjaan yang paling penting.
  • Jangan berkata sesuatu yang tidak boleh atau tidak akan anda lakukan. Sentiasa cari jalan untuk melakukannya.
  • Selepas mengikuti sesuatu seminar, beri laporan kepada ketua anda atau orang lain di organisasi anda, mengenai perkara terpenting yang anda belajar dari program tersebut.
  • Bagi kesemua pengalaman pembelajaran, samada membaca, memerhati, berfikir atau menghadiri, amalkan formula R kuasa dua, A kuasa dua, iaitu Recognize (menyedari), Relate (hubungkait), Assimilate (asimilasi), dan Apply (guna). Tindakan ini akan membantu anda membina diri untuk mencapai matlamat anda.
  • Hapuskan satu perkara yang membuang masa anda, satu perkara seminggu.
  • Baca buku sekurang-kurangnya satu bab setiap hari.
  • Baca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan.
  • Kejarlah apa sahaja peluang yang ditawarkan dalam kehidupan ini.
  • Fikirkan apa yang benar-benar anda mahu lakukan, dan lakukanlah.
  • Jika anda mempunyai pilihan samada membaca buku atau mendengar kaset mengenai sesuatu program, pilihlah untuk mendengar kaset. Ini kerana penerangannya lebih tepat dan jelas dan ia boleh dilakukan semasa anda memandu, berjalan, atau semasa membuat perkara-perkara lain.
  • Tubuhkan satu kumpulan yang terdiri dari empat atau lima orang dan jadikannya sebagai kumpulan perancang, di mana anda boleh berbincang dengan cara terbuka dan tidak menghakimi diri.
  • Kembangkan talian kerjasama anda. Ambil tahu siapa membuat apa, bila, dan untuk siapa. Anda mungkin berjumpa dengan mereka yang boleh membantu mencapai keperluan masa depan anda ataupun keperluan orang lain yang anda jumpai.
  • Capai keseimbangan dalam hidup anda dari segi keluarga, kewangan, profesional, sosial, spiritual dan istirahat.
  • Sentiasa fikirkan tentang matlamat anda apabila anda memulakan sesuatu aktiviti baru.
  • Jika anda menggunakan mesin kira dalam kerja anda, gunakannya dengan tangan yang tidak digunakan untuk menulis.
  • Jangan takut pada kegagalan. Anda boleh belajar dan mengubah diri melalui sesuatu kegagalan.
  • Projek yang paling sukar adalah peluang bagi anda mencapai kejayaan yang paling besar, seperti juga orang yang paling sukar didekati adalah sekutu anda yang paling kuat.
  • Gantungkan gambar yang menggambarkan mimpi dan matlamat anda di tempat yang mudah kelihatan. Ia akan mengingatkan anda dan membantu anda menumpukan perhatian dan berfikir mengenai matlamat anda.
  • Setiap orang mempunyai 24 jam sehari. Belajar dari orang yang dapat melakukan lebih daripada apa yang anda lakukan dalam sehari. Mungkin anda boleh mencari jalan untuk memperbaiki apa yang anda lakukan.
  • Cari seorang penasihat yang saksama yang boleh memberikan maklumbalas, cadangan, cabaran dan sokongan.
  • Kenalpasti beberapa orang “model” dan perhatikan gaya dan tindakan mereka. Jangan meniru, tetapi belajarlah daripada pengalaman mereka.
  • Belajar dari kesilapan dan juga kejayaan orang lain.
  • Penuhi fikiran anda dengan idea-idea dan fikiran-fikiran positif dan inspirasi dan anda akan dapati bahawa tidak ada ruang bagi fikiran negatif.
  • Bertukar-tukar tugas dengan orang lain supaya anda dapat pengalaman tambahan.
  • Minta dan terima pertukaran berbentuk lateral dalam organisasi anda supaya anda dapat belajar lebih lagi mengenai keseluruhan operasi.
  • Buat lebih daripada apa yang anda fikir anda boleh.
  • Yakinlah bahawa anda boleh melalui dan belajar daripada pengalaman anda.
  • Beri ganjaran kepada diri anda apabila anda telah mencapai sesuatu objektif pembelajaran.
  • Simpan buku nota harian di mana anda menulis fikiran, idea, perasaan dan perkembangan diri anda.
  • Tanya soalan, dengar, dan tanya lagi soalan. Anda akan belajar serta membantu orang lain belajar.
  • Tanya diri anda, “Bagaimana saya boleh mempergunakan takdir saya?”
  • Buat sesuatu perkara dengan seseorang yang anda hormati. Mereka akan memberi sokongan kepada anda dan anda dapat belajar melalui interaksi anda dengan mereka.
  • Dapatkan maklumat baru mengenai projek di bawah tanggungjawab anda dan sentiasa cari idea baru mengenainya.
  • Beri cabaran kepada diri anda untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari.
  • Jadi fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri.
  • Buka fikiran kepada orang lain dan beri perhatian kepada apa yang mereka fikirkan. Anda boleh belajar dari setiap orang yang anda jumpa.
  • Berlatih kemahiran baru dengan minda anda. Minda anda tidak dapat membezakan antara realiti dan latihan.
  • Simpan rekod mengenai apa yang telah anda capai dalam masa beberapa hari atau minggu sebelumnya. Jika anda tidak dapat mencapai seberapa yang anda mahu, ia memberikan anda insentif tambahan untuk melakukannya dengan lebih baik pada masa akan datang.
  • Tuliskan soalan yang anda mahukan jawapan. Kemudian, apabila ada dapat jawapannya, tuliskannya di bawah soalan tersebut.
  • Cuba selesaikan masalah atau buang tabiat buruk anda seperti makan berlebihan, merokok, mengumpat dan sebagainya.
  • Simpan satu “Fail Idea” di mana anda merekodkan semua idea baru anda. Sekurang-kurangnya sekali seminggu, kaji semula idea tersebut.
Sumber: Artikel ini diambil dengan kebenaran dari  Managing a Small Business

Membina Hubungan Ibu Bapa Dan Guru Yang Terbaik


Membina Hubungan Ibu Bapa Dan Guru Yang Terbaik

by Bruce Hammond

Mengapakah tidak ada buku mengenai bagaimana memperbaiki perhubungan antara guru dan ibu  bapa? Mungkin ia boleh diberi tajuk Guru Berasal Dari Musytari, Ibu Bapa Berasal Dari Jupiter. Iklan mengenainya boleh menunjukkan seorang pakar (berpakaian kot putih) dan pertemuan menyayat hati  di antara seorang ibu atau bapa dengan seorang guru yang merupakan musuh ketat sebelum membaca buku ini. Masukkan juga beberapa orang kanak-kanak comel dan pelukan mesra, dan buku ini pasti laris.
Hingga kini Barbara DeAngelis masih belum membalas panggilan telefon saya. Tetapi saya masih fikir bahawa masalah  di antara ibu bapa dan guru boleh diselesaikan  melalui persefahaman. Apa yang perlu dititikberatkan ialah perbezaaan pendapat yang ketara mengenai pendidikan. Walaupun otak saya berbisik “tiga kali bayaran mudah sebanyak $39.99,” nasihat berikut adalah percuma:
Ibu bapa selalu risau mengenai apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka, sedangkan guru-guru lebih mementingkan bagaimana mereka belajar. Ibu bapa meelihat kepada produk, sedangkan guru-guru mengharungi proses pembuatannya. Adakah para pelajaar bekerja dalam kumpulan keecil atau berbincang sebagai satu kelas?
Apabila pihak sekolah membuat sesuatu yang kelihatan gila di mata ibu bapa, isu mengenai BAGAIMANA dan APA adalah perkara yang sering dibahaskan. Contohnya, jika sekolah menawarkan matapelajaran sejarah Eropah dari tahun 1000 hingga kini, seorang guru boleh menghabiskan kesemua topik dalam setahun dengan memberi kuliah biasa. Andaikan pula pihak sekolah mahu menggabungkan kurikulum itu dengan Bahasa Inggeris. Ini bermakna ia menggabungkan dua subjek -- kajian yang mendalam mengenai era tertentu dan aktiviti yang lebih menekankan kerjasama – dan ini bermakna bahawa matapelajaran itu akan hanya meliputi era di antara tahun 1500 hingga kini. Ibu bapa kemudiannya akan bertanya mengapa era antara tahun 1000 hingga 1500 diabaikan, terutamanya jika topik itu tidak diajar di sekolah lain. Seorang guru mungkin menjawab bahawa proses pembelajaran dipertitngkatkan melalui aktiviti berkumpulan dan hubungkait antara idea dan subjek-subjeknya. Dan perbahasan pun berterusan…
Kebanyakan inisiatif pendidikan yang mendatangkan kontroversi adalah disasarkan kepada cara pembelajaran. Ini tidak  bermakna ia sentiasa berjaya. Walaupun pengetahuan mengenai proses pembelajaran sentiasa bertambah, bukti bahawa satu cara tertentu itu adalah lebih efektif daripada yang lain masih lagi samar-samar. Sebagai satu kumpulan, para pendidik sering kali cuba mempraktikkan teknik-teknik terbaru. Sepuluh tahun kemudian, satu cara yang lain pula menjadi ikutan.
Ibu bapa boleh mengingatkan guru-guru tentang realitinya.  Kurikulum yang terbaik pun tidak akan berjaya jika pelajar dan ibu bapa tidak yakin mengenainya. Tetapi ibu bapa harus ingat bahawa isu-isu seperti ini kelihatan mudah jika dilihat dari luaran. Mereka yang faham tentang situasi kompleks yang terpakssa dihadapi oleh  guru-guru yang mengajar sebuah kelas yang penuh akan mempunyai perhubungan yang lebih produktif dengan guru-guru.  Sebagai seorang guru dan pentadbir, ssaya boleh memberi beberapa panduan untuk membina perhubungan yang positif antara ibu bapa dan guru:
Jadikan interaksi anda yang pertama sesuatu yang positif Jika ibu bapa menegur saya dengan mesra semassa perjumpaan ibu bapa dan guru, saya akan lebih bersikap terbuka apabila dia  mengemukakan sesuatu  masalah di kemudian hari.
Jangan marah sebelum mengetahui fakta-faktanya Seorang murid yang paling dipercayai juga kadang kala memutarbelitkan maklumat yang penting. Ibu bapa dan guru yang tahu bahagian cerita yang berbeza boleh menyelesaikan isu itu dengan bertukar-tukar maklumat.
Jangan pijak kepala meerekaa Sebagai seorang guru, saya sangat marah apabila seorang ibu atau bapa mengadu kepada pengetua mengenai kelas saya. Berbincanglah dengan guru dahulu, kemudian pergi kepada pengetua jika anda tidak puas hati.
Ingat bahawa kebanyakan guru adalah sensitif Mengajar adalah satu pekerjaan yang sangat peribadi – guru-guru adalah mereka yang dibayar untuk bertanggungjawab terhadap pemikiran dan perasaan orang lain. Berbincang dengan cara yang tidak menyinggung perasaan adalah penting.
Akhir sekali ...Seorang guru yang baik akan mengalu-alukan dialog dengan ibu bapa  kerana ia membolehkan mereka lebih memahami pelajar-pelajar mereka. Ibu bapa mempunyai hak untuk mendapatkan maklum balas daripada guru sekerap yang boleh dan perlu diberitahu  segera mengenai sesuatu masalah akademik. Ingat: Seperti juga dalam mana-mana perhubungan, komunikasi adalah kunci kepada sebuah perhubungan antara ibu  bapa dan guru.

Panduan, Strategi Dan Teknik Belajar


Panduan, Strategi Dan Teknik Belajar

by Choy Tak Hong

  • Buat rutin belajar Cari satu blok masa yang tertentu pada waktu siang setiap hari, dan masukkannya dalam pelan belajar anda. Realitinya, waktu yang akan anda gunakan untuk belajar akan ditentukan oleh beberapa faktor:
  • Belajar semasa minda anda di tahap terbaik  Bilakah waktu “puncak persembahan” anda – iaitu waktu dalam satu hari di mana anda lebih mudah belajar?

    Ini berbeza dari individu ke individu lain. Kebanyakan orang lebih mudah belajar pada waktu pagi, tetapi ramai juga pelajar yang suka berjaga malam untuk belajar.
  • Belajar bila anda bolehWalaupun anda mahu belajar semasa minda sedang peka, faktor-faktor luaran juga memainkan peranan di dalam menentukan masa belajar anda. Tidak mungkin anda boleh berada di dalam kedaan terbaik setiap masa.
  • Pertimbangkan tahap kesukaran subjek
    Memerah otak dalam Matematik apabila anda sudah mengantuk mungkin tidak mendatangkan banyak kesan. Minda anda mungkin lebih bersedia untuk menerima sogokan nombor-nombor pada waktu pagi. Matapelajaran sastera mungkin lebih sesuai semasa otak sedang letih. Manalah tahu, mungkin anda boleh mendapat jawapan yang original di dalam mimpi.
Bila anda patut belajar?
  • Di rumah
    Tapi ingat bahawa inilah tempatnya di mana gangguan lebih banyak berlaku.
  • Di perpustakaan Anda mempunyai banyak pilihan, sama ada bilik bacaan yang besar, atau bilik khas yang lebih sunyi dan tersorok, atau petak belajar anda sendiri.
  • Di rumah kawan
    Pilihan ini mungkin tidak berapa digemari oleh ibu bapa kerana mereka rasa mereka perlu tahu jika anda benar-benar sedang belajar, kecuali jika anda berdua memang berdisiplin. Tetapi, mempunyai rakan untuk berbincang atau mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalahan adalah baik sebagai latihan menjawab soalan peperiksaan sebenar.
  • Di bilik darjah yang kosong
    Tentu sekali bukan satu pilihan di kebanyakan kolej dan juga sekolah menengah swasta. Tetapi ia adalah idea yang bagus terutamanya jika rumah anda tidak menyediakan tempat belajar yang kondusif.
  • Di tempat kerjaJika anda seorang pelajar yang bekerja separuh masa atau sedang bekerja sepenuh masa dan belajar separuh masa, anda mungkin boleh meminta untuk  menggunakan ruang pejabat yang kosong, walaupun semasa waktu bekerja, selepas orang lain sudah balik.
Bagaimana hendak menumpukan pehatian 
Tidak kira di mana anda pilih sebagai tempat belajar, bagaimana anda menyusun tempat itu boleh memberi kesan kepada penumpuan anda, dan jika anda tidak berhati-hati, ia boleh mengganggu masa belajar anda.
  • Bina persekitaran yang selesa Saiz dan kedudukan meja atau kerusi boleh menentukan samada anda akan merasa terganggu atau tidak. Walaupun begitu, apa sahaja yang berada di sekeliling anda boleh mengganggu – gambar teman wanita, radio atau televisyen, atau apa-apa sahaja, dan harus dikeluarkan dari ruang belajar.
  • Pasang lampu
    Bereksperimenlah dengan kedudukan dan kecerahan lampu di ruang belajar anda hingga anda jumpa mana yang sesuai untuk anda, dari segi keselesaan dan sebagai satu cara untuk sentiasa segar dan penuh penumpuan.
  • Buat peraturan Beritahu keluarga, saudara-mara dan terutamanya rakan-rakan anda betapa pentingnya pembelajaran anda dan waktu belajar anda tidak harus diganggu.
  • Berehat 
    Berehat seketika boleh membantu anda meningkatkan tumpuan apabila anda kembali ke meja.
Lawan keletihan dan kebosanan
Anda telah memilih ruang belajar yang terbaik dan membina persekitaran yang sesuai, tetapi anda masih lagi bertungkus-lumus untuk berjaga. Cuba buat perkara berikut.
  • Tidur sebentar 
    Apabila anda terlalu letih untuk belajar, tidur sebentar supaya anda kembali segar. Dua puluh hingga 40 minit sudah mencukupi.
  • Minum 
    Sedikit kafein atau tanin tidak akan merosakkan anda – secawan kopi atau teh. Tetapi hati-hati jangan sampai anda terlebih mengambilnya – kafein mungkin membantu anda berjaga, tetapi pada satu tahap ia akan membuatkan anda lebih letih.
  • Ubah jadual belajar anda
    Andaikan anda mempunyai pilihan, cari jalan supaya anda  boleh belajar semasa anda biasanya lebih segar atau lebih efisen.
Nasihat biasa? Tanya mereka yang telah berjaya dalam peperiksaan, mereka banyak menggunakan akal waras. Lagipun, apa yang penting ialah keputusannya, bukankah  begitu? Amalkanlah…
Choy Tak Hong ialah pengasas portal pendidikan tempatan, SchoolToYou Sdn Bhd, yang menyediakan bantuan kerja rumah dan perkhidmatan penilaian bagi pelajar-pelajar dari Tahun Satu hinggaalah Tingkatan 5. E-mel beliau ialah: choy@schooltoyou.com

Si Optimis: 16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda


Si Optimis: 16 Panduan Ringkas Bagaimana Memperbaiki Sikap Anda

by Jason Gracia

Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.
Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.
1. Bangun Awal!
Bangun awal dan berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.

2. Esok Adalah Hari BaruApabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah.
3. KawalSatu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.
4. Rakan-rakanAnda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif.
5. Pemakanan yang sihatAnda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”
6. TidurTidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.
7. Hobi Sebagai PenyelamatAdalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang aktik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.
8. Layan Orang Lain Dengan Baik
Memang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.

9. Gambaran Yang Lebih Besar
Apabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.

10. Cuba Sesuatu Yang Baru
Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Main alat muzik yang baru, cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.

11. Bukti                                                                                                      Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.
12. BerhentiJika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.
13. Anda Memerlukan Hari Yang BurukTidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.
14. TuliskanInginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.
15. BantuanSokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.
16. Jadi Si OptimisMenjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.
Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi seorang optimis sebenar!
PERLUKAN MOTIVASI? Dapatkan Moviation123 Idea-Kit PERCUMA. Dipenuhi dengan panduan dan idea yang boleh membantu anda bermotivasi, mencapai impian, dan memperbaiki sikap anda. Semuanya di laman web Motivation123.