Sunday 14 October 2012

Nabi sedih umat cuai solat

Ketahuilah bahawa bencana dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib adalah berpunca daripada kurangnya perhatian masyarakat terhadap mengerjakan ibadah solat lima waktu, solat Jumaat, solat jemaah dan solat sunat yang lainnya. 

Pada hal semua itu adalah ibadah yang dengannya Allah SWT meninggikan darjat dan menghapuskan dosa maksiat seseorang. Ibadah solat adalah cara ibadah seluruh penghuni langit dan bum. 

Cuai kerana urusan dunia 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad). 

Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman."(An-Nisa : 103). 

Abu Hurairah RA meriwayatkan: "Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah...andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah...aku sungguh menyesali umatku." 

Rasulullah menangis 
“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?" tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.” 

“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?” 

“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59). 

“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?” 
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar). 

Abu Darda' berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak. 

Perintah ahli keluarga bersolat 

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.” 

“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir." (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda'). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).

Kesempurnaan ibadah pelihara mukmin daripada perbuatan mungkar

Kesempurnaan ibadah pelihara mukmin daripada perbuatan mungkar

Ulama ada menyebutkan, setitik makanan yang haram memberikan kesan terhadap kejernihan hati. Ibarat setitik tinta yang jatuh di atas kertas putih, semakin banyak unsur makanan haram yang masuk, ibarat kertas putih yang banyak ternoda tinta. 
Sedikit demi sedikit akan hitamlah semuanya. Hati yang gelap menutupi hati nurani, menyebabkan tidak peka terhadap nilai kehidupan yang mulia. Seperti kaca yang kotor oleh debu, sukarlah cahaya menembusinya. 

Banyak kes maksiat atau jenayah syarak berlaku dalam kalangan generasi muda disebabkan nilai diri dan kemanusiaan sudah terhakis dalam jiwa mereka kesan daripada makanan dan amalan dilakukan.
Kesan lain, memakan makanan haram, perilaku seseorang akan berubah dengan sikap atau perangai yang buruk. Tindakannya akan menjurus kepada hawa nafsu dan mengikut telunjuk syaitan. 

Oleh yang demikian, banyak kes maksiat atau jenayah syarak berlaku dalam kalangan generasi muda disebabkan nilai diri dan kemanusiaan sudah terhakis dalam jiwa mereka kesan daripada makanan dan amalan dilakukan.

Peringatan mengenai aspek makanan ini telah difirmankan oleh Allah SWT melalui firmannya dalam surah al-Baqarah (2:168-169) yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh kamu yang terang nyata bagi kamu. Ia akan menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan (menyuruh) kamu supaya berkata (dusta) terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).”

Dalam pada itu, menurut Ismail Kamus (2009), dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat, telah mencatatkan: “Seseorang itu akan pasti melaksanakan solat fardu apabila seseorang itu mengambil berat melakukan solat sunat sama ada di rumah atau di masjid, tetapi jika seseorang itu berat untuk melakukan solat sunat, besar kemungkinan solat fardunya juga kurang dititik beratkan”. 
Faktor tak tunai solat

Apakah faktor yang menyebabkan individu tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan fakta atau mengajar cara melaksanakan solat menunaikan solat semata-mata, tetapi ia membabitkan banyak faktor lain. termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. 

Menurut al-Kumayi (2009) ada tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu: 

  • Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedangkan setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
  • Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
  • Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.

    Cegah perbuatan keji, mungkar

    Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini menjadi masalah yang serius atau cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar. 

    Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan yang bertentangan dengan syarak. Dalam kajian dibuat oleh Anisah (2001) faktor seseorang itu meninggalkan sembahyang disebabkan beberapa perkara:
  • Pertama: Cetek pengetahuan. Golongan ini berpendapat solat hanya untuk mereka yang tidak mempunyai kecerdasan dan ilmu pengetahuan. Bagi mereka yang telah memiliki pengetahuan tinggi (falsafah Barat), mereka menyatakan tidak perlu kerana solat hanya untuk orang tertentu saja. 
  • Kedua: Tidak mempunyai pengertian atau penghayatan terhadap solat. Golongan ini tidak akan berasa bersalah atau berdosa meninggalkan solat, kerana mereka sama sekali tidak mempunyai pengertian dan kefahaman mengenai solat. Biasanya mereka ini dilahirkan dalam keluarga atau masyarakat yang tidak pernah solat.
  • Ketiga: Sifat malas dan cuai. Biasanya golongan yang meninggalkan solat kerana malas, pada asasnya mengakui mengenai kewajipan solat, tetapi akibat daripada pengaruh kesibukan, kecuaian, pengaruh rakan dan sifat malas yang menguasai diri. Oleh itu, mereka tidak mengendahkan tuntutan solat ini. 
  • Keempat: Usia remaja. Golongan remaja biasanya meninggalkan solat kerana beranggapan bahawa ibadat solat hanya sesuai untuk orang tua atau lanjut usia dan bagi orang yang tidak lagi berminat dengan kehidupan dunia. 
  • Kelima: Pengaruh keresahan jiwa. Terdapat juga golongan yang meninggalkan solat kerana pengaruh daripada jiwa yang resah akibat kesedihan atau kesusahan, sedangkan yang sebaiknya ialah dalam saat inilah kita dituntut untuk sembahyang dan memohon doa serta pertolongan daripada Allah.

    Sesungguhnya pengabaian ibadah solat ini ternyata sesuatu yang perlu diambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi kita umat Islam, dan benarlah apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216, yang bermaksud: “ Sesungguhnya solat itu amat berat kecuali orang khusyuk dan sabar”. 
  • RawatSinusitis cara betul


    HIDUNG anda selalu tersumbat akibat selesema. Hingus anda berwarna kuning dan pekat. Anda juga sering batuk serta berasa penat dan pening.
    Malah, pipi, sekitar mata, tulang atas gigi dan dahi sering berasa sakit seperti ada sesuatu di dalamnya yang menekan tengkorak anda.
    Anda berasa anda diserang demam selesema lalu mengambil ubat selesema biasa tetapi ia masih tidak mengurangkan kesengsaraan anda.
    Akhirnya anda mengheret kaki ke klinik setelah berdepan dengan pening yang teruk dan selepas diperiksa, doktor menyatakan anda menghidap sinusitis.
    Sampai manakah tahap kesedaran anda? Adakah selepas pening teruk baru merujuk pada pakar atau masih membiarkannya kerana menganggap ia hanyalah masalah biasa berpunca daripada cuaca yang tidak menentu?
    Ya, sinusitis bukanlah masalah yang membawa maut secara langsung tetapi ia memberi kesan kepada kehidupan seharian pesakit serta keyakinan diri.
    Bayangkan, bagaimana anda mahu menjadi produktif atau bersemangat jika sering bersin tidak henti serta berasa pening yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan anda.
    Pakar Runding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Mallina Sivarajasingam berkata, ramai pesakit yang merujuk kepada pakar selepas melalui saat-saat menyusahkan itu untuk tempoh lama.
    "Selesema biasa akan reda dalam tempoh tiga hari hingga seminggu dan jika berterusan, berkemungkinan pesakit mempunyai masalah sinusitis.
    "Ada sesetengah kes pesakit tidak dapat melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan perubahan altitud seperti menaiki kapal terbang dan menyelam skuba disebabkan sakit kepala vakum (vacuum headache) akibat daripada sinusitis.
    "Malah, ada yang sampai ke tahap jangkitan pada sinus menyebabkan adanya polip (ketumbuhan) di dalam hidung, menyukarkan pesakit untuk bernafas.
    "Lagi teruk jika kuman sinusitis merebak ke otak kerana lapisan tulang kepala tidak tebal.
    "Sinusitis boleh dirawat sama ada melalui pengambilan ubat-ubatan terutamanya antibiotik bagi mematikan kuman atau ada kes perlu melakukan pembedahan sinus," ujarnya.
    Apa itu sinusitis Terang Dr. Mallina, orang ramai sering salah faham dengan istilah sinus. Semua orang mempunyai sinus iaitu rongga-rongga di dalam tengkorak yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil dan masalah yang dihidapi dipanggil sinusitis.
    Sinus terletak pada bahagian muka iaitu pipi di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung serta turut meliputi bahagian dahi seseorang.
    "Ia berfungsi untuk meringankan tulang di samping memberi resonan pada vokal dan lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa disalirkan ke dalam hidung.
    "Jangkitan sinusitis atau resdung berlaku apabila salur yang pengaliran lendir secara semula-jadi itu tersumbat lalu membengkak serta bernanah di dalamnya," ujar Dr. Mallina.
    Terangnya, pesakit akan merasa simptom seakan-akan selesema biasa tetapi dalam tempoh lama disertai dengan pelbagai simptom lain terutamanya pening dan sakit pada tulang di wajah iaitu di sekitar mata, pipi, atas gigi dan dahi.
    Sinusitis dibahagikan kepada dua jenis iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik.
    PuncaPelbagai punca menyebabkan sinusitis. Punca yang paling kerap adalah selesema biasa berlanjutan yang tidak dirawat lalu menyebabkan jangkitan bakteria pada sinus.
    Rinitis yang teruk, berulang dan tidak dirawat juga boleh menyebabkan sinusitis kerana alahan pada hidung akan mengganggu bahagian sinus.
    Sinusitis turut boleh berlaku jika pesakit pernah mengalami kecederaan pada tulang hidung atau keretakan pada tengkorak.
    Tulang rawan yang bengkok mungkin terkena pada bahagian sinus lalu menyebabkan jangkitan kuman.
    Selain itu, apa saja yang mengganggu sistem penyaliran mukus dari sinus akan menyebabkan sinusitis.
    Perubahan cuaca sejuk, alahan, masalah sistem imun seperti virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani kimoterapi juga boleh menjadi penyebab sinusitis.
    Rawatan alternatifSinusitis yang lebih dikenali sebagai resdung dalam kalangan orang tempatan sering dikaitkan dengan 'ulat' yang memakan muka.
    Pelbagai cara alternatif yang dijalankan bagi mematikan 'ulat resdung ' ini. Antara yang paling terkenal teknik berasap iaitu asap daripada kertas herba yang dibakar akan disalurkan pada seluruh muka.
    Menurut Dr. Mallina, tidak ada masalah jika pesakit mahu berusaha melalui cara alternatif asalkan ia tidak memudaratkan.
    Tetapi tegasnya, tiada teknik berasap yang digunakan dalam perubatan hospital dan dia juga tidak pernah menemui ulat di dalam rongga sinus.
    "Apa yang paling hampir dengan teknik berasap tersebut adalah ubat wap mentol yang mampu melancarkan pernafasan tetapi ia hanya melegakan untuk sementara.
    "Tiada masalah meneruskan rawatan alternatif asalkan tidak memudaratkan kerana saya percaya ia juga sebagai langkah psikologi untuk pesakit.
    "Namun, saya syorkan pesakit juga mencuba rawatan dengan doktor kerana ia terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh pakar," ujarnya.
    Beliau turut menolak andaian yang jerawat berpunca daripada sinusitis kerana jelasnya, jerawat merupakan jangkitan pada lapisan luar iaitu kulit manakala sinusitis berada di dalam.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121014/kn_03/RawatSinusitis-cara-betul#ixzz29KetMeGH
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Ubat berkesan rinitis alergi



    Orang yang menghidap AR sering mengalami mata berair, hidung berair dan gatal-gatal tekak.
    RAMLAH semakin bimbang dengan keadaan anak sulungnya, Rokiah yang baru berusia lima tahun. Rokiah sering jatuh sakit, batuk, demam dan gatal pada tangan dan kaki sejak lima bulan lalu. Puas Ramlah dan suami berikhtiar dan menemui beberapa doktor untuk bertanyakan pendapat tetapi tiada perubahan.
    Pada suatu hari, Ramlah membawa Rokiah pulang bercuti ke kampung di Pahang. Ramlah berasa pelik kerana beberapa hari di sana sudah ada perubahan pada anaknya. Penyakit Rokiah sembuh dengan sendirinya. Sekembalinya ke Kuala Lumpur, penyakit Rokiah kembali menyerang. Apabila diajukan perkara ini kepada pakar, Ramlah dan suami diberitahu kemungkinan anak mereka mengalami alahan. Setelah dilakukan kajian, debu yang berpunca daripada karpet dan sofa yang jarang dibersihkan menjadi penyebab alergi Rokiah.
    Kes yang diutarakan di atas menunjukkan alahan terhadap sesuatu boleh menyebabkan penyakit dan masalah kesihatan yang berpanjangan.
    Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Profesor Dr. Prepageran Narayana, dianggarkan hampir 1.4 bilion orang seluruh dunia menghidap gangguan alahan atau alergi. Hal ini menyebabkan peningkatan kes rinitis alergi (AR) di seluruh dunia khususnya di rantau Asia Pasifik.
    "AR adalah sejenis penyakit yang sering berlaku dan menjejaskan kira-kira 40 peratus penduduk Malaysia. Berdasarkan angka ini, alergi adalah punca utama (80 peratus) AR dalam kalangan pesakit kanak-kanak dan pertengahan usia.
    "Dalam kalangan pesakit yang lebih berumur, hampir separuh menghidap AR manakala bakinya mengalami gangguan bukan alergi. Orang yang menghidap AR sering mengalami mata berair, hidung berair dan gatal-gatal tekak," katanya pada majlis pelancaran Aerius D-12 oleh syarikat farmaseutikal antarabangsa, MSD (subsidiari Merck & Co.) baru-baru ini.
    KelegaanAerius D-12 merupakan ubat yang memberi kelegaan kepada penghidap AR tanpa menyebabkan berasa mengantuk. Ubat ini merawat simptom alahan seperti hidung tersumbat, gatal-gatal, bersin dan mata berair yang berlaku sama ada dari semasa ke semasa ataupun sepanjang tahun.
    Mengulas lanjut tentang AR, Dr. Prepageran memberitahu, ada dua jenis AR yang utama iaitu simptom dari semasa ke semasa dan simpton berlarutan.
    "AR dari semasa ke semasa berlaku selama kurang daripada empat hari seminggu atau kurang daripada empat minggu berturut-turut, manakala AR berlarutan berlaku lebih daripada empat hari seminggu dan selama lebih daripada empat minggu berturut-turut," ujarnya.
    Antara penyebab AR dari semasa ke semasa, faktor di luar rumah seperti kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai. Sementara AR berlarutan disebabkan faktor di dalam rumah seperti haiwan peliharaan, tungau habuk, najis lipas, bulu haiwan atau kulat di dalam rumah. Apabila antigen ditemui, sistem imun pesakit AR akan menghasilkan histamina lalu menyebabkan timbulnya simptom-simptom alergi.
    "Dalam kaji selidik yang dijalankan antara 2009 hingga 2010 di lapan negara Asia Pasifik, kebanyakan peserta menyatakan bahawa AR menjejaskan mutu hidup, punca kemerosotan prestasi sekolah, kerja dan produktiviti terutamanya mereka yang mengalami simptom AR tahap paling teruk," jelasnya.
    Keadaan tersebut menunjukkan pesakit perlu mendapatkan diagnosis dan rawatan yang betul. Apabila AR dapat dibezakan daripada influenza biasa dengan tepat dan diuruskan dengan berkesan, pesakit boleh meneruskan aktiviti harian mereka dengan gangguan yang minimum.
    "Kami harap pesakit tidak akan menggunakan ubat selesema yang dipilih sendiri apabila mereka menghidap AR. Jumpalah doktor untuk mendapatkan diagnosis dan ubat yang betul supaya simptom AR dapat dikawal dan mutu hidup dapat dipelihara," ujarnya.
    Selain itu, untuk mengatasi masalah kurang faham tentang AR, MSD bersama dengan Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) melancarkan kempen Hentikan Bersin, Hapuskan Gatal bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam tentang sifat dan simptom AR. serta perlunya berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang betul.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20121014/kn_02/Ubat-berkesan-rinitis-alergi#ixzz29Ked7Aj0
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Thursday 11 October 2012

    Kejohanan Piala Agong 2012


    Keputusan Kejohanan Piala Agong 2012
    Minggu Pertama: 6 Oktober 2012
    Kategori
    Pasukan
    Mata
    vs
    Mata
    Pasukan
    Polis Bersatu
    24
    -
    22
    Putrajaya
    Kedah
    62
    -
    0
    Perak
    ATM
    10
    -
    6
    Johor
    Kelantan
    69
    -
    13
    Kuala Lumpur
    Melaka
    10
    -
    3
    Selangor

    Konsep guru penyayang tangani masalah disiplin pelajar



    Sebahagian daripada guru yang mengikuti Konvensyen Guru Penyayang 2012 memberi tumpuan kepada ceramah oleh ahli panel dalam program itu di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
    Kementerian Pelajaran merancang membudayakan konsep Guru Penyayang di setiap sekolah rendah dan menengah di seluruh negara kerana pelaksanaannya terbukti berkesan dalam menangani gejala disiplin di kalangan pelajar.
    Ketua Unit Kaunseling, Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Ab. Rahim Othman berkata, program yang diperkenalkan sejak Februari lalu itu terbukti memberi impak positif terhadap perkembangan pembelajaran pelajar.
    "Impaknya, pelajar lebih berminat untuk datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan serta mempunyai hubungan akrab dengan guru dan pihak sekolah.
    "Minat itu didorong oleh rasa selesa dengan guru yang sebelum ini dikatakan bersikap garang atau terlalu tegas dengan anak murid mereka,'' katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Guru Penyayang Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
    Konvensyen itu melibatkan 200 peserta terdiri daripada pengetua dan guru besar, guru kaunseling, guru disiplin, pegawai kaunseling dan disiplin jabatan pelajaran negeri serta wakil persatuan guru.
    Menurut Ab. Rahim, konsep Guru Penyayang bertujuan membudayakan sikap kasih sayang di kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan harapan besar bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian dan disayangi setiap masa.
    Konsep tersebut dilaksanakan melalui tiga amalan iaitu dengan guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121001/pe_03/Konsep-guru-penyayang-tangani-masalah-disiplin-pelajar#ixzz29310blfG
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Pendekatan kreatif cetus minat Oleh WAHID HASHIM



    Guru pakar Bahasa Malaysia, Marzuki Mohd. Isa menggunakan pendekatan inovatif dan kreatif untuk mengajar teknik menjawab soalan peperiksaan SPM dalam Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi SMP-Utusan Malaysia di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
    PELBAGAI kaedah penyampaian inovatif dan kreatif oleh para penceramah profesional menjadikan Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi Sekretariat Malaysia Prihatin dan Utusan Malaysia berada dalam kelasnya tersendiri - selain tidak membosankan.
    Di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Chengal dekat Kota Bharu, Kelantan, penceramah subjek kertas Bahasa Malaysia, Marzuki Mohd Isa menselangselikan penyampaiannya dengan lawak jenaka, persembahan multimedia dan paling istimewa, secara spontan menyanyikan lagu ciptaan asal Freddie Aguilar iaitu 'Anak' secara minus one.
    Marzuki, dengan pakaian kasual santai, memakai reben hitam, berseluar jeans dan kemeja merah, membuka lantai dengan pantun, perumpamaan, pepatah yang menarik sehingga sesi sebelah petang menjadi hidup dan berkesan.
    Sebagai guru pakar Bahasa Malaysia, Marzuki menurunkan segala ilmu tentang persiapan yang sewajarnya ada pada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika menduduki kertas Bahasa Malaysia dan seterusnya mendapat A+.
    Antaranya, beliau mencadangkan calon menjawab Bahagian B yang memberi 100 markah berbanding bahagian A yang berupa karangan berdasarkan bahan rangsangan.
    Beliau mengupas secara terperinci semua aspek penting dalam kertas Bahasa Malaysia, dan sebahagiannya perlu dihafal supaya calon tidak membuang masa sepanjang 90 minit nanti.
    Program kali ini dihadiri oleh 200 calon SPM daripada sembilan buah sekolah iaitu SMK Cengal, SMU (A) Al-Kauthar, SMK Kadok, SMK Long Ghaffar, SMK Pangkal Kalong, SMK (A) Melor, SMK Kok Lanas, SMK Ketereh dan SMK Melor.
    Sekretariat Malaysia Prihatin merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang aktif menjalankan aktiviti kesukarelawanan, khususnya dalam kalangan pendidikan.
    Lebih 30,000 pelajar sekolah di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program berkenaan sejak lebih tiga tahun lalu.
    Sementara itu, penyelaras program yang juga penceramah motivasi Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain menasihati pelajar agar terus berusaha tanpa jemu dan dalam masa yang sama meminta ibu dan bapa mendoakan kejayaan menjelang peperiksaan.


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121008/pe_01/Pendekatan-kreatif-cetus-minat#ixzz2930WWajx
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Monday 1 October 2012

    Kementerian Pelajaran perlu melihat semula peranan MSSSM


    Kementerian Pelajaran perlu melihat semula peranan MSSSM

    BEBERAPA minggu lalu sudah saya telah menjelaskan secara ringkas Akta Majlis Sukan Negara 1971 yang digubal dan diluluskan semasa Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Menteri Belia dan Sukan.
    Kesan dari penggubalan akta tersebut amat ketara kepada persekitaran pembangunan sukan tanah air, lebih-lebih lagi apabila akta tersebut dipulihkan perlaksanaannya mulai akhir tahun 1982.
    Saya berkesempatan mendengar penjelasan Allahyarham mengenai perlunya sebuah akta digubal yang membolehkan Majlis Sukan Negara ditubuhkan.
    Beliau berpandangan bahawa untuk memajukan sukan khususnya sukan prestasi tinggi negara memerlukan pendekatan yang berbeza yang tidak mampu dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan secara berkesan.
    Beliau berpendapat kerenah birokrasi jabatan kerajaan sedikit sebanyak akan menjejaskan kelicinan pengurusan sukan prestasi tinggi negara.
    Dengan pendekatan yang sama Kementerian Pelajaran perlu melihat semula peranan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSSM) yang telah lama wujud supaya dapat memainkan peranan yang lebih luas dan lebih berkesan dari yang ada sekarang dalam memajukan sukan prestasi tinggi sekolah.
    Allahyarham menduduki Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan.
    Lembaga ini membuat dasar dan meluluskan perkara -perkara yang penting untuk dilaksanakan oleh pengurusan MSN.
    Pandangan dari Allahyarham dalam beberapa perkara bukan saja sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetapi sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan memberi kesan kepada keputusan-keputusan yang dibuat.
    Antaranya ialah teguran beliau mengenai cadangan menggubal sebuah akta yang diberi nama Akta Pembangunan Sukan yang diluluskan pada tahun 1997.
    Beliau sebagai Presiden MOM menegur peruntukan yang dicadangkan dalam akta ini terutamanya mengenai tempoh memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan.
    Oleh kerana cadangan ini dibantah maka Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu menggugurkan cadangan ini dan sebagai mengiktiraf peranan MOM memasukkan satu bahagian dalam akta khusus mengenai MOM.
    Wartawan sukan Randhir Singh menyimpulkan ketokohan Allahyarham semasa menjadi Presiden MOM sebagai individu yang menentukan bahawa kedudukan MOM setara atau tidak dilihat lebih rendah dari mana-mana organisasi kerajaan yang menguruskan hal ehwal sukan negara.
    Beliau dengan bijaksana dapat menangani menteri-menteri yang bertanggungjawab mengenai sukan apabila dilihat cuba


    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121001/su_05/Kementerian-Pelajaran-perlu-melihat-semula-peranan-MSSSM#ixzz286vQSOz8
    © Utusan Melayu (M) Bhd 

    Kejohanan Jonas Jones Sevens 2012


    Keputusan Kejohanan Jonas Jones Sevens 2012
    Pusingan Akhir: 23 Sept 2012
    Kategori
    Pasukan
    Mata
    vs
    Mata
    Pasukan
    Cup (Super)
    Sabah Eagles
    24
    -
    19
    NS Wanderers
    Cup (Club)
    Hong Kong
    38
    -
    17
    SSTMI Express
    Cup (Colts)
    SSTMI Panthers
    19
    -
    5
    Smookies
    Sumber: Sukandaily.com

    SMKBBSL Juara Plate 2012






    SMKBBSL Kajang pertama kali menjuarai kategori plate peringkat sekolah dalam Kejohanan Ragbi Jemputan Kajang X 2012 yang diadakan pada 15 hingga 16 September 2012 di Padang Ragbi UKM baru-baru. Kejayaan ini mendorong pemain ragbi sekolah ini berusaha mencipta nama setaraf  dengan pasukan yang lain. Setelah beberapa kali mencuba tetapi gagal di separuh sama ada di peringkat Cup pada 2 tahun yang lalu, kemudian tahun selepasnya. keputusan penuh seperti berikut:

    - SMKBBSL vs SMKT Tanjung Puteri ( 12-0)
    -SMKBBSL vs  MPAJ A ( 0-0)
    -SMKBBSL vs KRC (dev B) ( 12-0)

    Pusingan Kedua 16 sept 2012
    -SMKBBSL vs SMKT Tanjung Puteri (0-7)

    Separuh Akhir
    -SMKBBSL vs KRC dev A ( 12-0)

    Akhir Plate
    SMKBBSL vs KRCdev B (12-5)


    Tahniah... teruskan kgemilangan anda...