Tuesday, 15 January 2013

Berdengkur


Berdengkur

“bising tul laki aku ni berdengkur, nak tido pun tak boleh”
Berdengkur. Adakah berdengkur itu sihat, normal? Berdengkur adalah masalah kebanyakan orang terutama lelaki. Perempuan mungkin kurang sikit. Tahukah anda bahawa berdengkur boleh membunuh? Berdengkur boleh dikaitkan dengan sakit Sleep Apnoea yang merupakan sakit serius dan boleh membahayakan nyawa.
Berdengkur ditakrifkan sebagai bunyi bising yang keluar melalui mulut dan hidung ketika tidur. Kajian menunjukkan bahawa sekurang-kurang 34% daripada lelaki berdengkur. Berdengkur menimbulkan ketidakselasaan kepada pasangan dan penghuni rumah yang lain.
Sleep Apnoea boleh dirawat awal. Jika Sleep Apnoea tidak dirawat, boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan strok. Ia juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti
- Lemah dan mengantuk di siang hari secara berlebihan
- Impotensi
- Lemah memori
Ada bukti menunjukkan bahawa orang yang berdengkur lebih cenderung mempunyai bau mulut. Bau mulut itu disebabkan oleh bakteria di dalam mulut memecah protein dan melepaskan sulfur. Setiap orang ada bakteria di dalam mulut. Masalah bau mulut muncul ketika bakteria ini memecahkan protein pada tahap yang lebih tinggi dari kebiasaannya menyebabkan penghasilan produk sampingan berbau gas yang merupakan penyebab bau mulut.
Pertumbuhan bakteria biasanya dikendalikan oleh ai liur. Air liur dilepaskan ke mulut melalui beberapa kelenjar, jumlah dan jenis dikawal oleh otak yang menerima ransangan yang berbeza. Air liur berfungsi sebagai pelincir dan memulakan pencernaan di mulut dan untuk kebersihan mulut. Ia membantu mengeluarkan sisa-sisa makanan dan mengandungi lysozyme yang menghalang pertumbuhan berlebihan mikrob.
Pengeluaran air liur boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk penyakit, ubat selsema, inhaler, diet, tekanan, pernafasan dan dehidrasi.
Makanan protein tinggi boleh mempengaruhi bau mulut. Pengambilan alkohol termasuk ubat-ubatan yang mengandungi alkohol memberi kesan negatif pada pengeluaran air liur. Air liur adalah penting dalam mengendalikan penumpukan bakteria. Apa kaitannya dengan berdengkur?
Pernafasan melalui mulut berkait rapat dengan berdengkur. Pernafasan melalui mulut menyebabkan air liur menjadi pekat dan kurang berkesan sebagai oksidan yang mampu mengendalikan pertumbuhan bakteria. Pernafasan melalui mulut boleh menyebabkan pengeluaran air liur kurang.
Berat badan yang berlebihan merupakan antara faktor berdengkur. Orang yang gemuk kebiasaannya ada lemak di bahagian leher yang mana akan menambah tekanan di bahagian laluan udara. Lemak di bahagian leher menyekat kelancaran aliran udara dan menyumbang kepada dengkuran.
Merokok juga menyebabkan dengkuran. Merokok mempengaruhi pernafasan dan aliran udara. Selain rokok, alkohol juga antara faktor yang menyebabkan berdengkur. Alkohol meyebabkan otot di bahagian leher berada dalam keadaan rehat lebih daripada keadaan normal yang mana akan menyebabkan dengkuran yang serius.
Adakah anda ingin terus berdengkur?

Tidak Seronok Bersenam?


Tidak Seronok Bersenam?


Kenapa kebanyakan dari kita tidak seronok bersenam? Antara sebab-sebab yang mungkin
Terlebih Latihan (Overtraining)
Kebanyakan dari kita ‘mungkin’ terlebih bersenam tapi rasanya lagi banyak terkurang bersenam (Undertraining). :D .Antara gejala-gejala terlebih latihan
- Kesakitan yang kerap dan tidak dijangka dalam otot-otot dan sendi-sendi
- Setiasa letih, kekurangan tenaga
- Sakit kepala
- Kehausan
- Imun badan merosot
- Tekanan / Kemurungan
- Kurang keinginan
- Kurang selera makan
- Kehilangan berat yang tidak diduga
- Kerap cedera
Tidak semestinya jika terdapat salah satu tanda ini menandakan terlebih latihan, tetapi jika terdapat lebih dari satu tanda, kaji balik samada senaman atau pemakanan atau rehat tidak betul.
Otot Dysmorphia
Otot dysmorphia adalah keadaan psikologi di mana mereka yang aktif berlatih tidak berpuas hati dengan keadaan fizikal mereka sekarang walaupun secara teknikalnya ada perkembangan. Ada yang menerima baik kekurangan yang difikirkan di tempat-tempat tertentu dan cuba memperbaikinya tetapi mungkin cuba ambil cara mudah, seperti penggunaan dadah sukan.
Gangguan Pemakanan
Terdapat empat gangguan pemakanan yang utama
Anoreksia Nervosa – Keinginan menjadi kurus dengan cara berlapar, golongan ini percaya yang mereka lagi besar dari yang sebenar.
Bulimia Nervosa – Golongan ini cuba membersihkan diri daripada makanan termasuk memuntahkan kembalik makanan atau menggunakan julap.
Anoreksia Nervosa Terbalik – Menganggap dah terlebih makan lalu bersenam berlebihan demi membakar kalori berlebihan.

Makan, Bersenam, Rehat


Makan, Bersenam, Rehat


Membakar lemak atau membina otot ada 3 asas. Pertama aspek pemakanan, penjagaan makanan, pastikan cukup keperluan nutrien seharian bersesuaian dengan aktiviti hari itu, utk bakar lemak, kalori yang masuk tidak boleh lebih dari kalori yang keluar, untuk bina otot, kalori masuk perlu lebih tinggi dari kalori yang keluar, kualiti kalori, bukan dari makanan merapu.
Kedua, senaman. Ada dua jenis senaman iaitu aerobik dan anaerobik. Untuk pembakaran lemak, senaman jenis aerobik diperlukan. Aerobik bukan bermaksud tarian aerobik. Aerobik bermaksud senaman dengan kehadiran oksigen. Untuk pembakaran lemak, oksigen perlu hadir, baru proses pengoksidaan akan berlaku dimana lemak akan ditukar ke bentuk free fatty acid yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga. Untuk membina otot lebih pada senaman anaerobik, iaitu senaman tanpa kehadiran oksigen.
Tak kira apa tujuan kita, samada untuk membakar lemak, atau membina otot. kedua2 senaman diperlukan. Kombinasi kedua-dua senaman membentuk badan kita luar dan dalam. Cara asas senaman akan dibuka dalam topik akan datang. Ketiga, rehat. Badan kita akan melakukan proses pembaikpulih apabila kita rehat, bukannya semasa latihan. Seorang sedenteri memerlukan sekurang-kurang 6 jam rehat sehari manakala yang melakukan aktiviti berat memerlukan lebih rehat, dalam lingkungan 8 hingga 10 jam sehari.

Bersenam


Kenapa Bersenam?

Bersenam sudah menjadi budaya di beberapa negara maju. Di Malaysia kita boleh lihat penambahan tempat2 bersenam seperti pembukaan banyak gym besar, studio2 dan di taman2 kebanyakan sekarang dah ada disediakan tempat bersenam. Tetapi belum betul2 menjadi budaya, di mana kita boleh lihat, gym2 ada yang kosong, ada yang masuk gym tapi hilang lepas sebulan, alat2 bersenam di taman abis rosak. Kita lebih tekankan industri kecantikan daripada industri kecergasan itu sendiri. Sebagai contoh, kita boleh lihat banyak pusat gymnasium menawarkan pakej kelihatan cantik daripada pakej sihat.
Kenapa bersenam? antara tujuannya adalah untuk menguatkan jantung. Melalui senaman aerobik kita boleh melancarkan perjalanan darah dalam badan kita. Senaman aerobik membesarkan ruangan ventrikal kiri jantung dan seterusnya membolehkan jantung pam lebih darah beroksigen ke seluruh badan. Cuba bayangkan seorang yang ruang ventrikal kirinya kecil, jantung akan bekerja lebih keras untuk menyalurkan jumlah yang sama. Sampai 1 tahap, ‘heart attack‘. :p
Bersenam juga mengawal berat badan. Mengawal komposisi lemak. Seperti yang diketahui umum, kebanyakan penyakit merbahaya seperti diabetis, tekanan darah tinggi dikaitkan dengan berat badan atau lemak tinggi. Bersenam membantu bakar kalori berlebihan yang diambil dimana jika tidak dibakar akan disimpan menjadi lemak dan jika sampai 1 tahap insulin pun tak mampu nak tukar glikogen berlebihan ke lemak, itu permulaan diabetis.
Perempuan senang kena osteoporosis di mana tulang2 mereput di awal usia 20an sekarang. Senaman dapat membantu mengurangkan masalah osteoporosis dengan menguatkan tulang. Senaman juga bantu stimulasi pengeluaran hormon endorphin yang mana menyebabkan kita tenang, tidak berada dalam keadaan tertekan. Dan percayalah senaman buat kita nampak muda.:D
Senaman yang betul akan memberi kesan pada cardiovaskular, kelenturan badan, komposisi badan, kekuatan otot dan daya tahan atau stamina. Bagaimana cara senaman yang betul?

Jurulatih kecergasan


Jurulatih Kecergasan


Disini saya rangkumkan jurulatih peribadi, jurulatih gymnasium, jurulatih senamrobik dalam satu perkataan iaitu jurulatih kecergasan. Kesemuanya terlibat dalam bidang kecergasan.Bagaimana menjadi seorang jurulatih kecergasan? Sebenarnya di Malaysia agak mudah jika ingin menjadi seorang jurulatih kecergasaan disebabkan masih kurang kepakaran dan saingan dalam bidang ini, siapa saja boleh jadi. Jika di gym komersial, sesiapa yang pandai buat jualan sudah dikira layak berkerja sebagai jurulatih kecergasan kerana gym-gym komersial ini lebih mementingkan jualan pakej jurulatih peribadi mereka. Dalam masa yang sama, pernah tak anda lihat, seseorang yang sangat gemuk, perut mencecah 36 bulan bersalin, lagi teruk dari 9 bulan bersalin menjadi seorang jurulatih senamrobik. Atau mungkin pernah lihat seseorang yang kita sekali tengok pun rasa macam dia tak pernah bersenam tapi menjadi jurulatih kecergasan. Rasanya siapa bergiat dalam bidang kecergasan tahu kut siapa-siapa yang saya katakan. :D. Adakah itu imej dan kualiti jurulatih kecergasan di Malaysia?
Peluang kerjaya? Adakah jurulatih kecergasan diperlukan? Dengan pertambahan gym-gym komersial, pusat kecergasan, gymnasium rakyat, studio-studio senamrobik, lebih banyak jurulatih diperlukan. Sebagai seorang jurulatih kecergasan, limit bukan sahaja di gymnasium atau studio-studio senamrobik tetapi juga boleh bekerja bebas. Kita ada sekitar 14 juta rakyat berumur 18-60 dan jika kita ambil 1 peratus berkemampuan untuk membayar pakej jurulatih peribadi, pun ada sekitar 140 ribu orang. Kalau 1 jurulatih ambil 10 orang, kita perlukan 14 ribu jurulatih. Adakah cukup jurulatih kecergasaan di Malaysia? Jika dicampur jurulatih bertauliah dengan tidak bertauliah pun rasanya masih tidak mencukupi.
Berapa pendapatan seorang jurulatih kecergasan? Mungkin ada yang memandang remeh kerjaya seorang jurulatih kecergasan. Pernah seorang wanita bekerjaya memandang saya sebelah mata sahaja disebabkan memikirkan gaji seorang jurulatih kecergasan ini rendah. Jika bekerja di gym-gym komersial boleh dapat gaji pokok sekitar 1 ribu ke 2 ribu sebulan. Purata pendapatan untuk seorang jurulatih kecergasan ‘biasa’ sekitar 3 ribu hingga 5 ribu sebulan, dan jangan terkejut jika ada jurulatih yang dapat gaji sekitar 15 ribu ke 20 ribu sebulan atau mungkin lebih. :D . Masih belum terlambat untuk mencuba.
Tentukan Samada Anda Layak
Jurulatih kecergasan perlu memiliki banyak kemahiran. Seorang jurulatih kecergasan perlu pandai menganalisa, sabar dalam melayan karenah pelanggannya, saya pernah melayan pelbagai jenis pelanggan, ada yang sampai tahap bawa kamus arnold schwarzenegger ke dalam gym nak tunjuk latihan dia betul.:D. Jurulatih kecergasan juga perlu pandai merancang dan diri sendiri juga perlu terancang, bagaimana seorang jurulatih yang kehidupan tidak terurus nak menguruskan orang lain. Seorang jurulatih kecergasan juga perlu menjadi seorang motivator yang baik dalam memberi semangat kepada pelanggannya. Yang paling penting seorang jurulatih kecergasan perlu menjadi pendengar yang baik. Kekadang itu, bukan setakat cerita pasal latihan je, sampai cerita pasal kehidupan pun diselitkan. Tidak semestinya badan perlu kelihatan sebagai seorang ahli bina badan. Cuma perlulah menjadi contoh untuk memotivator kan orang lain. Janganlah seperti yang saya kata tadi, perut 10 kali lagi besar dari pelanggan, pelanggan pun fikir 100 kali, ‘betul ke orang ini boleh kuruskan aku ni?’
Kelayakan
Dapatkan kelayakan sekurang-kurang satu sijil yang mengiktifkan anda sebagai seorang jurulatih kecergasan. Banyak organisasi yang terlibat dalam mengiktirafkan jurulatih kecergasan di Malaysia. Antaranya Federation of International Sports, Aerobics and Fitness (FISAF), American Council of Exercise (ACE), American College of Sports Medicine (ACSM), National Association of Fitness Instructor (NAFI) di Malaysia, malah kerajaan kita sendiri ada menyediakan kursus-kursus jurulatih di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kursus kejurulatihan sains sukan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) dan lain-lain. Jika ingin mendapatkan pengiktirafan daripada NAFI, boleh hubungi saya. Saya akan ajukan pada pihak berkenaan. Pilih suatu organisasi yang diakui secara nasional dan terakreditasi. Bayaran purata untuk melengkapi semua sehingga ke peringkat master dalam sekitar rm4000.
Pertolongan Cemas
Dapatkan sijil Cardio Pulpomonary Resuscitation (CPR) atau Pertolongan Cemas. Boleh ambil di hospital-hospital yang menawarkan seperti St John Ambulance of Malaysia dan lain-lain. Terdapat juga jabatan-jabatan swasta yang menyediakan kursus pertolongan cemas yang diluluskan. Zaki Khan juga menawarkan tetapi berdasarkan jumlah peserta minimum. Kenapa perlu pertolongan cemas? Sering kali saya lihat bila terjadi kecederaan di gymnasium, para jurulatih tak tahu nak buat apa. Pernah terjadi kes di salah satu gym komersial di Malaysia, bila seorang jatuh dari treadmill disebabkan masalah jantung, jurulatih yang berada di sana boleh pulak menggunakan alat kejutan elektrik untuk menyedarkan pelanggan itu dan menyebabkan jantung meletup dan mati di tempat kejadian. Rasanya ramai tahu pasal kes ini. Perlu diingatkan bahawa jika sesuatu di luar kerja kita, jangan buat. Saya sendiri pun tak faham bagaimana gym tersebut boleh menyimpan alat tersebut di gym.

Kepakaran
Mungkin di Malaysia masih kurang keperluan disebabkan pasaran yang belum kompetitif, tetapi bersedialah awal. Lengkapkan profil diri dengan kepakaran khusus dalam sesuatu bidang seperti jurulatih untuk ibu mengandung, jurulatih untuk warga emas, jurulatih untuk kanak-kanak, jurulatih untuk sakit-sakit tertentu dan lain-lain. Mendapatkan suatu kepakaran bererti anda mempunyai sesuatu yang lain untuk ditawarkan berbanding jurulatih yang lain.
Pasarkan Diri
Naikkan nama, konsepnya seperti menjual produk, anda perlu memperkenal produk tersebut pada orang ramai. Kenalkanlah diri anda kepada umum. Antara cara mudah boleh melalui facebook, forum-forum, kad perniagaan, laman web bahkan menghadiri sesuatu majlis keramaian seperti kursus, pertandingan dan lain-lain.
Tingkatkan Pengetahuan
Melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Jika di Amerika, untuk menjadi seorang jurulatih kecergasan sekurang-kurangnya kena mempunyai ijazah disebabkan saingan yang tinggi di sana. Di Malaysia mungkin ambil masa dalam 5 tahun lagi sebelum persaingan menjadi sengit di mana kita perlukan sesuatu yang hebat untuk menonjolkan diri kita. Antara ijazah yang berkaitan seperti
ijazah sains sukan
ijazah fisiologi sukan
ijazah psikologi
ijazah fisioterapi
ijazah nutrisi
ijazah pengurusan sukan
Jika ingin menjadi seorang jurulatih yang berpengetahuan tentang nutrisi boleh mengambil ijazah pemakanan. Jika ingin menjadi seorang terapi senaman, boleh mengambil ijazah fisioterapi. Dan pelbagai lagi yang berkaitan. Paling tidak pun, banyakkan membaca supaya tidak ketinggalan. Ada jurulatih saya lihat mengajar pengajaran 20 tahun lepas yang mana sudah tidak diguna pakai dalam sistem latihan kita lagi. :D . Banyakkan membaca tentang anatomi, biomekanik, psikologi, fisiologi, nutrisi dan lain-lain yang berkaitan termasuk berita-berita sukan dan semasa. Kenapa perlu tahu berita sukan? Jika kita diberi tugas untuk melatih seorang atlet bola sepak, janganlah kita kata Mokhtar Dahri masih bermain. Nampak sangat pengetahuan kita pasal sukan itu hampir tiada.:D
Mesra Pelanggan
Untuk berjaya dalam bidang ini, memerlukan kerja, bakat, kemahiran dan pengalaman. Walaupun tidak mendapat pelanggan lagi, tapi cubalah luangkan masa bersama mereka-mereka di gymnasium, jika boleh, beri mereka tunjuk ajar secara percuma. Tujuannya adalah untuk menimba pengalaman. Seseorang tidak akan terus pandai mengajar, pengalaman mengajar kita menjadi mahir dalam sesuatu.

Kecergasan


Apa itu kecergasan?

Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan.Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.
Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi komponan berkaitan dengan kemahiran.

Apakah perbezaan komponen kecergasan?

Ketahanan sistem jantung (Kecergasan Aerobik)
Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang.

Komposisi badan
Ianya merujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan: otot, tulang dan lemak.

Kekuatan otot
Ianya adalah tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu.

Ketahanan otot
Merujuk kepada keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot).

Fleksibiliti
Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerakkan lingkungan penuh.

Enam komponen lain:
  • Ketangkasan/ kelincahan
  • Keseimbangan
  • Kelajuan
  • Masa reaksi
  • Koordinasi
  • Kepantasan/kecepatan
Komponen yang utama dalam kecergasan fizikal ialah ketahanan sistem jantung dan komposisi badan.

Apakah itu senaman?

Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan.Ia dilakukan dengan melibatkan satu antara lima komponan yang dinyatakan di atas. Ahli sukan boleh membina/membentuk enam komponen yang lain.
Apa jenis senaman yang perlu untuk membentuk komponen kecergasan?
  • Untuk membentuk sistem jantung dan tahap ketahanan otot seseorang itu perlu melakukan senaman aerobik
  • Untuk meningkatkan kekuatan otot, latihan kekuatan atau latihan mengangkat berat perlu dilakukan
  • Untuk meningkatkan fleksibiliti, senaman regangan perlu diamalkan.Yoga juga adalah satu aktiviti yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti
  • Komposisi badan juga akan bertambah baik dengan senaman aerobik
  • Untuk meningkatkan kemahiran yang melibatkan komponen, senaman khas yang dirancang adalah perlu. Senaman ini adalah senaman khas di mana melibatkan latihan sukan di bawah pengawasan jurulatih
Senaman aerobik adalah aktiviti yang dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya selama 20 minit sehingga mencapai degupan jantung tidak kurang dari 120 denyutan seminit. Semasa aktiviti ini dijalankan, seseorang itu perlu mengelakkan dari mengalami kesusahan bernafas. Walaubagaimanapun pertambahan denyutan jantung adalah sesuatu yang dijangka. Denyutan jantung akan terus meningkat tetapi tidak lebih dari 175 denyutan seminit. Untuk orang yang baru memulakan latihan, mungkin mencapai sehingga 125 denyutan seminit.
Senaman latihan tenaga adalah senaman yang dilakukan secara melawan rintangan seperti tekan tubi, angkat dagu (bersenggayut), separa menyangkung (menyangkung sepenuhnya tidak digalakkan), duduk tegak (sit ups). Latihan dengan beban seperti -dumb bells- dan peralatan-peralatan gymnasium lain juga membantu pembentukan otot. Semakin besar otot itu semakin kuat otot itu.

Senaman regangan sangat digalakkan selepas setiap aktiviti fizikal. Otot-otot tertentu atau kumpulan otot akan diregankan perlahan-lahan.
Sedikit rasa kurang selesa atau ketegangan akan terasa tetapi tidak sehingga menyakitkan. Regangan dilakukan secara statik tidak kurang dari 15 saat (15-30). Elakkan pergerakan lonjakan semasa regangan dan elakkan dari menahan nafas.

 

 

 

 

Apakah senaman rutin yang disukai?

  1. Mulakan dengan senaman untuk memanaskan badan, seperti:
    • Berlari anak atau joging selama 5 hingga 10 minit
    • Berenang 2 hingga 3 pusingan mengikut cara keselesaan masing-masing
    • Berbasikal untuk 5 hingga 10 minit dengan kelajuan rendah
Semua ini bergantung kepada aktiviti yang dipilih.Walaubagaimanapun lakukan aktiviti beberapa minit pertama dengan selesa.
  1. Ini patut diikuti dengan regangan dengan menggunakan otot tertentu
  2. Pada bahagian ketiga lakukan aktiviti rutin senaman aerobik selama 30 hingga 40 minit
  3. Selepas peringkat aerobik, lakukan aktiviti pergerakkan perlahan untuk menurunkan denyutan jantung
  4. Sesetengah senaman latihan kekuatan dilakukan untuk meningkatkan kekuatan otot
  5. Pusingan ini ditamatkan dengan senaman regangan untuk semua kumpulan otot-otot utama





Untuk mencapai tahap senaman yang unggul, perlu diingatkan prinsip FITT (kecergasan) dan senaman yang berkala perlu dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Apakah itu prinsip FITT (kecergasan)?
F
- Frequency ialah kekerapan melakukan senaman.
I
- Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan jantung anda.
T
- Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit untuk lebih berkesan).
T
- Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah digalakkan.

  1. Tekan tubi dilakukan untuk menguatkan otot dada dan otot bahu. Untuk orang yang baru mulakan latihan tekan tubi lakukan dalam kedudukan bertentangan dinding atau kedudukan yang diubah suai seperti semasa berehat atau dengan menggunakan lutut
step1_1

step1_2

  1. Semasa aktivtii separa menyangkung, pembukaan antara kedua belah kaki diluaskan seberapa yang boleh akan menguatkan otot lutut dan memejalkan otot punggung anda
langkah2

  1. Mengangkat kaki kebelakang dalam kedudukan melutut atau baring terlentang, akan memejalkan punggung dan anggota bawah bahagian belakang
langkah3

  1. Duduk tegak (sit ups) untuk menguatkan otot perut
langkah4
  1. Mengangkat kaki pada kedudukan mengiring akan menguatkan paha anda
langah5

  1. Senaman dengan beban (dumb bells) boleh digunakan untuk membina otot bisep
langkah6

Senaman diatas dicadangkan dilakukan secara berpusingan. Setiap senaman atau pergerakan itu dikenali sebagai satu ulangan. Setiap pusingan mengandungi 5 hingga 10 ulangan untuk setiap pergerakan. Jumlah ulangan dan pusingan yang anda lakukan bergantung kepada keupayaan diri anda.Anda boleh meningkatkan pusingan atau jumlah ulangan setiap set bukan dalam masa satu hari tetapi dalam masa seminggu.
Sesuaikan tubuh badan anda untuk membina kekuatan secara semula jadi.

Bagaimana saya boleh tahu kadar denyutan jantung saya?

Lihat kadar denyutan jantung.

Apakah jenis aktiviti yang boleh saya pilih untuk meningkatkan kecergasan saya?

Anda boleh memilih aktiviti seperti:
  • Joging
  • Permainan seperti futsal, bola sepak, hoki dan badminton
  • Berjalan kaki
  • Memanjat tembok
  • Mengambil bahagian dalam acara larian
  • Berbasikal
Aktiviti fizikal hendaklah dilakukan secara berkala.
Adalah perlu memulakan aktiviti secara perlahan, dengan intensiti dan frekuensi rendah seterusnya ditingkatkan secara perlahan-lahan mengikut keselesaan.

Saturday, 29 December 2012

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?



Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.