Monday 1 October 2012

Kementerian Pelajaran perlu melihat semula peranan MSSSM


Kementerian Pelajaran perlu melihat semula peranan MSSSM

BEBERAPA minggu lalu sudah saya telah menjelaskan secara ringkas Akta Majlis Sukan Negara 1971 yang digubal dan diluluskan semasa Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Menteri Belia dan Sukan.
Kesan dari penggubalan akta tersebut amat ketara kepada persekitaran pembangunan sukan tanah air, lebih-lebih lagi apabila akta tersebut dipulihkan perlaksanaannya mulai akhir tahun 1982.
Saya berkesempatan mendengar penjelasan Allahyarham mengenai perlunya sebuah akta digubal yang membolehkan Majlis Sukan Negara ditubuhkan.
Beliau berpandangan bahawa untuk memajukan sukan khususnya sukan prestasi tinggi negara memerlukan pendekatan yang berbeza yang tidak mampu dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan secara berkesan.
Beliau berpendapat kerenah birokrasi jabatan kerajaan sedikit sebanyak akan menjejaskan kelicinan pengurusan sukan prestasi tinggi negara.
Dengan pendekatan yang sama Kementerian Pelajaran perlu melihat semula peranan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSSM) yang telah lama wujud supaya dapat memainkan peranan yang lebih luas dan lebih berkesan dari yang ada sekarang dalam memajukan sukan prestasi tinggi sekolah.
Allahyarham menduduki Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan.
Lembaga ini membuat dasar dan meluluskan perkara -perkara yang penting untuk dilaksanakan oleh pengurusan MSN.
Pandangan dari Allahyarham dalam beberapa perkara bukan saja sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tetapi sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan memberi kesan kepada keputusan-keputusan yang dibuat.
Antaranya ialah teguran beliau mengenai cadangan menggubal sebuah akta yang diberi nama Akta Pembangunan Sukan yang diluluskan pada tahun 1997.
Beliau sebagai Presiden MOM menegur peruntukan yang dicadangkan dalam akta ini terutamanya mengenai tempoh memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan.
Oleh kerana cadangan ini dibantah maka Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu menggugurkan cadangan ini dan sebagai mengiktiraf peranan MOM memasukkan satu bahagian dalam akta khusus mengenai MOM.
Wartawan sukan Randhir Singh menyimpulkan ketokohan Allahyarham semasa menjadi Presiden MOM sebagai individu yang menentukan bahawa kedudukan MOM setara atau tidak dilihat lebih rendah dari mana-mana organisasi kerajaan yang menguruskan hal ehwal sukan negara.
Beliau dengan bijaksana dapat menangani menteri-menteri yang bertanggungjawab mengenai sukan apabila dilihat cuba


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121001/su_05/Kementerian-Pelajaran-perlu-melihat-semula-peranan-MSSSM#ixzz286vQSOz8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment