Makan di luar secara bijak
Pernahkah anda
mengira berapa kali anda makan di luar bersama dengan keluarga dalam seminggu?
Setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat, kanak-kanak makan di kantin sekolah,
manakala pelajar-pelajar kolej melepak dan makan di kafeteria.
Golongan dewasa
yang bekerja pula makan
tengah hari di restoran dan kedai kopi.
Pada hujung minggu,
ramai yang menyertai "fenomena gerai mamak" dengan rakan-rakan dan
keluarga. Kadang-kadang mereka akan duduk di gerai mamak untuk menonton
perlawanan bola sepak sehingga awal pagi.
Menurut Presiden
Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong, kebanyakan penduduk di
kawasan bandar menjalani rentak kehidupan yang pantas dan sibuk lalu mengalami
kekurangan atau tiada masa untuk menyediakan hidangan yang sihat di rumah.
Ini menyebabkan
semakin ramai keluarga yang makan di luar dan kanak-kanak pula mengambil banyak makanan segera.
Kajian menunjukkan
bahawa pengambilan makanan di luar telah meningkat dengan peningkatan
pendapatan isi rumah.
Umumnya, makanan
yang kita pilih apabila makan di luar mengandungi lebih kalori, lemak dan lemak
tepu daripada makanan dan snek yang disediakan di rumah.
Sementara itu,
Presiden Persatuan Dietetik Malaysia (MDA), Indra Balaratnam memberitahu,
terdapat banyak bahan yang tersembunyi dalam masakan di luar seperti lemak,
gula dan garam.
“Kajian juga
menunjukkan bahawa makan di luar secara kerap ada kaitan dengan masalah
obesiti, lemak badan atau Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang lebih tinggi.
“ Pengambilan
makanan di luar juga ada kaitan dengan pengambilan minuman tinggi gula secara
berlebihan dan kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan produk
tenusu,” jelas Indra Balaratnam.
Makanan yang sihat
"Makan secara
sihat di luar bukanlah sesuatu yang sukar. Apa yang perlu anda buat adalah membuat pilihan
makanan secara bijak dan mengunjungi tempat-tempat di mana anda boleh minta
makanan yang lebih sihat dan rendah lemak.
“Cuba minta makanan
yang disediakan dengan kandungan gula dan garam yang rendah,” nasihatnya.
Beliau menambah,
setiap orang mesti
mengamalkan tiga prinsip utama makan secara sihat iaitu makan secara seimbang,
sederhana dan pelbagai berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
Tip makan di luar:
1) Minta hidangan
daging, ayam dan ikan yang disediakan dengan cara panggang, bakar dan rebus.
2) Minta lebih
buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai hidangan sampingan untuk menggantikan
kentang goreng.
3) Minta supaya sos
disediakan secara berasingan.
4) Minta hidangan
yang bersaiz kecil atau kongsi makanan dengan rakan-rakan anda.
No comments:
Post a Comment