Friday, 6 July 2012

Penyakit Jantung


Penyakit Jantung

by www.moh.gov.my

Tahukah Anda ?Bahawa jantung adalah anggota badan yang bekerja untuk mengepam darah.  Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, orang itu dikatakan mengidap "sakit jantung". Bekalan darah ke otot jantung tidak cukup kerana saluran darah menjadi sempit. Ini disebabkan dinding sebelah dalam, saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
! Akibatnya …..Bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah yang cukup, menyebabkan seseorang merasa "sakit dada".
Apakah yang berlaku ?
Pesakit akan merasa dadanya seperti "diikat". Rasa sakit mungkin akan merebak ke bahagian tengkuk dan tangan.
Serangan Sakit Jantung
  1. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak.
  2. Sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan"serangan sakit jantung".
! Apabila merasa sakit dada, segeralah ke hospital. Serangan sakit jantung dapat membawa kematian.
Sakit Jantung : faktor penyebab
1. Sebab utama sakit jantung. Asap rokok akan
  • mempercepatkan pembekuan darah
  • menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • mengurangkan bekalan oksogen ke jantung.
2. Tekanan PerasaanSeseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat. Tekanan darahnya juga meningkat.

3. Kandungan Lemak Yang TinggiLebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.

4 Kurang bersenamSenaman penting untuk menguatkan jantung. Juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung.  Bersenamlah. 

5. Darah Tinggi
Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.

6. Kencing ManisPesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung 
Jantung : Tiada GantinyaJantung itu terlalu berharga. Lakukanlah perkara-perkara berikut sebelum terlambat
  1. Berusahalah untuk tidak merokok
  2. Selalulah bersenam
  3. Dapatkan rehat yang cukup
  4. Makanlah ubat seperti yang diarahkan (sekiranya anda pesakit darah tinggi atau kencing manis).

Sumber Dari www.moh.gov.my

No comments:

Post a Comment