AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN BADAN SUKAN
PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN
MALAYSIA
ARAS 3, PUSAT AKUATIK NASIONAL KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL
57700 SRI PETALING KUALA LUMPUR
TEL: 03- 8994 4800
03- 8994 4801 FAKS: 03- 8994 4810
PENDAHULUAN
1. Buku panduan ini dikeluarkan bertujuan untuk membantu orang ramai yang ingin menubuhkan Badan Sukan dan seterusnya mengambil langkah- langkah yang perlu bagi mendaftarkan badan sukan tersebut mengikut kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997.
2. Adalah diharapkan buku panduan ini dapat digunakan oleh orang ramai dan khususnya badan sukan yang berdaftar agar dapat bertindak selaras dengan kehendak-kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam hal-hal behubung dengan badan sukan. Ianya juga diharap dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan orang ramai dan badan sukan dari segi pengurusan dan pentadbiran badan sukan masing-masing.
PANDUAN
PENDAFTARAN BADAN SUKAN
1. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG BERKUATKUASA
Akta Pembangunan Sukan 1997
2. MAKNA BADAN SUKAN
2.1 Seksyen 2 Akta Pembangunan Sukan 1997 menjelaskan bahawa “badan sukan” beerti sesuatu persatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat yang bertindak sebagai badan pengelola atau badan perwakilan suatu sukan di Malaysia sama ada diperingkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan, sama ada atau tidak persatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat itu hanyalah anggota gabungan bagi
persatuan, kelab, pertubuhan atau syarikat yang lain
3 BAGAIMANA MENUBUHKAN BADAN SUKAN
3.1 Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh 7 orang atau lebih
hendaklah diadakan.
3.2 Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan- ketetapan berikut:
a) Bersetuju menubuhkan badan sukan
b) Meluluskan nama badan sukan yang akan didaftarkan (badan sukan berkaitan hendaklah tersenarai dalam Jadual Pertama, Seksyen 2, Akta Pembangunan Sukan 1997.
Badan sukan berkenaan mestilah bertindak sebagai badan
pengelola samaada diperingkat Daerah, Negeri atau Kebangsaan)
c) Meluluskan alamat badan sukan yang hendak didaftarkan.(Jika menggunakan alamat pejabat atau bangunan, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat hendaklah disertakan)
d) Melantik Ahli Jawatankuasa Penaja badan sukan untuk menguruskan pendaftaran. ( Senarai ahli terdiri daripada Yang Dipertua/ Pengerusi, Timbalan Yang Dipertua/ Timbalan Pengerusi, Naib Yang Dipertua/ Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sekurang-kurangnya beberapa orang ahli jawatankuasa
e) Menyediakan/ meluluskan Perlembagaan/ Undang-Undang Tubuh yang hendak didaftarkan
f) Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan badan sukan
serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat.
4. CARA-CARA MEMOHON PENDAFTARAN BADAN SUKAN
4.1 Setiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara
berikut:
a) Borang Permohonan (Borang 1) yang telah ditandatangani
oleh 2 pemegang jawatan utama badan sukan (2 salinan)
b) Bayaran proses RM 50.00 melalui cek/ wang pos/ kiriman
wang atas nama Pesuruhjaya Sukan
c) Empat (4) salinan Perlembagaan/ Undang-Undang Tubuh
badan sukan
d) Dua (2) salinan Minit Mesyuarat Penubuhan badan sukan (Mesyuarat J/kuasa Penaja)
e) Dua (2) salinan bendera, lambang, lencana atau warna dan makna atau tanda lain bewarna dan salinannya ditandatangani oleh pemegang jawatan utama badan sukan.
f) Dua (2) salinan senarai pemegang jawatan badan sukan (jawatankuasa penaja) dan ditandatangani oleh orang yang
menandatangani Borang 1.
[Nota: PEMEGANG JAWATAN UTAMA IALAH YANG DIPERTUA / PENGERUSI, TIMBALAN YANG DIPERTUA/ TIMBALAN PENGERUSI, NAIB YANG DIPERTUA/ NAIB
PENGERUSI, SETIAUSAHA DAN BENDAHARI]
4.2 Borang permohonan (Borang 1) bagi mendaftarkan badan sukan boleh didapati di Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Aras 3, Pusat Akuatik Nasional, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur . Borang permohonan adalah percuma.
4.3 Permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Aras 3, Pusat Akuatik Nasional, Kompleks
Sukan Negara Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur.
5. PERKARA-PERKARA LAIN YANG PENTING
a) Penggunaan Bahasa Malaysia
Semua urusan samaada surat menyurat atau perbincangan dengan Pesuruhjaya sukan hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia.
b) Keahlian
Keutamaan menjadi ahli kepada sesebuah badan sukan (terutama di peringkat Negeri dan Daerah) perlu diberi kepada penduduk yang bermastautin di kawasan berkenaan.
c) Perlembagaan
Contoh perlembagaan yang dibekalkan adalah merupakan standard yang perlu ada pada setiap badan sukan. Oleh itu badan sukan berkenaan perlu menyesuaikan standard ini dengan keperluan masing-masing
d) Jawatankuasa
Setiap badan sukan perlu memastikan supaya semua maklumat asas jawatankuasa seperti nama, alamat, nombor telefon, jumlah ahli dan sebagainya adalah lengkap dan betul bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
CARTA ALIRAN
PROSES PENDAFTARAN BADAN SUKAN
Majoriti bersetuju untuk menubuhkan badan sukan
Pa stikan b adan sukan berkenaan selaras
de ngan Jadual Pertama Akta Pembangunan
Sukan 1997
Dapatkan borang permohonan di Pejabat Pesuruhjaya Sukan (Borang 1)
Lengkapkan borang dan sertakan
maklumat berikut:
* Bayaran proses (cek/ wang pos/
kiriman wang) RM 50.00
* 4 Salinan perlembagaan
* 2 Salinan minit mesyuarat
* 2 Salinan bendera, lambang,
lencana atau warna dan makna
* 2 Salinan senarai pemegang
jawatan badan sukan
H antar permohonan pendaftaran ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan
Selesai
PANDUAN MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG 1)
BORANG I
MALAYSIA
AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN
(PENDAFTARAN BADAN SUKAN) 1998
(Peraturan 4)
PERMOHONAN BAGI PENDAFTARAN BADAN SUKAN
KEPADA:
PESURUHJAYA SUKAN
Seperti yang dikehendakioleh seksyen * 15/16 Akta Pembangunan Sukan 1997, kami dengan ini membuat permohonan bagi pendaftaran badan sukan sebagaimana butir-butir di bawah.
1. Butir-butir badan sukan:
PERSATUAN TENIS NEGERI SELANGOR
(1) Nama:………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………..
(2) Alamat:
NO 4, JALAN PERMATA (7/1)
(a) Tempat perniagaan:………………………………………………
40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN
………………………………………………………………………
………………………………………………………………………
D/A MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA
(b) Alamat pos:………………………………………………………..
J ALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA
………………………………………………………………………
TENIS
(3) Sukan:……………………………………………………………………
PENGELOLA
(4) Peringkat perwakilan atau pengelola:…………………………………
(5) Penubuhan badan sukan (lampirkan dua (2) salinan minit
mesyuarat sulung – sila lihat huraian 3):
17 MEI 2003
(a) Tarikh penubuhan:………………………………………………
15
(b) Bilangan orang yang menghadiri mesyuarat sulung:…………
15
(6) Bilangan kini anggota dalam daftar anggota:…………………………
(7) (a) Pernahkah badan sukan didaftarkan sebelum ini di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau Akta Pembangunan Sukan
1997?
-TIDAK-
………………………………………………………………………
-TIADA-
(b) Nombor pendaftaran dahulu (jika ada):………………………...
(8) Adakah badan sukan akan memakai apa-apa bendera, lambang,
lencana atau warna atau apa-apa tanda yang lain (lihat huraian 4)?
ADA
(9) Jumlah Wang –
(a) yang telah diterima dalam 2 tahun yang lepas:
-TIADA-
………………………………………………………………………
(b) yang telah dibelanjakan dalam 2 tahun yang lepas:
………………………………-…TI…AD…A-…
……………………………
(c) yang merupakan baki di tangan sekarang:
-TIADA-
………………………………………………………………………
(d) yang merupakan baki di bank:…………………………………..
-TIADA-
a bank:…………………………………
1 JANUARI
(10) Tahun kewangan bermula pada ………………………...setiap tahun.
(11) Butir-butir syer, debentur, amanah saham atau pelaburan lain yang
serupa yang dipegang:
Jenis Syarikat/Dana Amaun Dipegang sejak
…………. ………………….. …………… ……………………
…………. ………………-T…I.A. D …A-………… ……………………
…………. ………………….. …………… ……………………
(Lampirkan dua (2) salinan fotostat sebagai bukti pelaburan)
(12) Butir-butir harta tak alih yang dipunyai dan / atau dipajak / dipajak
kecil:
Tempat No. Hakmilik Maksud harta digunakan
( lihat huraian 5)
………………… …………………… ……………………………….
-TIADA-
………………… …………………… ……………………………….
13. Sampul surat bersetem yang beralamat sendiri dan pengakuterimaan
penerimaan dikemukakan bersama ini.
14. Dua salinan senarai pemegang jawatan utama badan sukan yang
mengandungi butir-butir yang berikut dikemukakan bersama ini. Nama (termasuk nama samaran jika ada), nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, alamat rumah dan pekerjaan pemegang jawatan dan nama dan alamat majikan pemegang jawatan.
15. Dua salinan diperakui perlembagaan badan sukan dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris dikemukakan bersama ini.
16. Kami memperakui bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaan kami maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar dan betul dalam setiap butir.
20 MEI 03
Bertarikh:……………………haribulan……………………20………..
Kami,
(Tandatangan)…………………………………………………………………….
TUKIMAN BIN RAMLI
(Nama)……………………………………………………………………………..
(Jawatan)…………………………………PR…E…SI…DE…N……………………………..
(Tandatangan)…………………………………………………………………….
SATHYASEELAN A/L PAUL THURAI
(Nama)……………………………………………………………………………..
(Jawatan)………………………SE…T…IA…U…SA…H…A …KE…H…O…RM…A…T…
· Potong jika berkenaan.
………………..
JADUAL PERTAMA AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997
1. Memanah 27. Sukan Air
2. Badminton 28. Biliard & Snuker
3. Bina Badan 29. Boling
4. Tinju 30. Kriket
5. Lumba Basikal 31. Sukan Ekuestrian
6. Lawan pedang 32. Bola Sepak
7. Golf 33. Gimnastik
8. Hoki 34. Judo
9. Karate Do 35. Boling Padang
10. Bola Jaring 36. Ragbi
11. Sepak takraw 37. Menembak
12. Silat Olahraga 38. Tenis Rengan
13. Soft ball 39. Squasy
14. Ping Pong 40. Tae Kwan Do
15. Tenis 41. Bola Tampar
16. Luncur Ais 42. Angkat Berat
17. Gusti 43. Wushu
18. Kapal layar 44. Besbol
19. Kanu 45. Kabbadi
20. Petanque 46. Berdayung
21. Silambam
22. Olahraga PINDAAN 2004
23. Bola Keranjang 47. Kecergasan
24. Sukan Bermotor 48. Seni Mempertahankan Diri
25. Bina Badan 49. Paralimpik
26. Bola Baling 50. Rekreasi
51. Tradisional
CONTOH PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN
Contoh perlembagaan ini adalah merupakan panduan dan badan sukan berkenaan perlu menyesuaikan contoh ini dengan keperluan masing-masing. Secara asasnya perlembagaan badan sukan perlu mempunyai perkara-perkara berikut:
FASAL 1. NAMA
FASAL 2. TEMPAT URUSAN FASAL 3. DEFINISI
FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT
FASAL 5. LOGO/LAMBANG FASAL 6. KEAHLIAN
FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG FASAL 11. KEBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI FASAL 12. PERWAKILAN
FASAL 13. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/ DWI TAHUNAN/ TIGA TAHUN FASAL 14. TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN/ DWI TAHUN/ TIGA
TAHUN SEKALI (mengikut mana berkenaan) FASAL 15. MESYUARAT AGUNG KHAS
FASAL 16. MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK(mengikut mana berkenaan)
FASAL 17. TUGAS-TUGAS MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN FASAL 18. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
FASAL 19. TUGAS AHLI MAJLIS/ AHLI JAWATANKUASA INDUK FASAL 20. MESYUARAT MAJLIS/ JAWATANKUASA INDUK FASAL 21. KEWANGAN
FASAL 22. JURUAUDIT
FASAL 23. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 24. PENAUNG/ PENASIHAT FASAL 25. PINDAAN PERLEMBAGAAN FASAL 26. LARANGAN
FASAL 27. PEMBUBARAN
* Sila taip dalam bentuk selang 2 baris (double spacing) untuk memudahkan
semakan