Pengenalan Kepada Permainan Ragbi
Pasukan
 ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba 
mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang 
dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi 
garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan 
memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula 
"conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir
 menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang
 gol.
Di
 dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting 
yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. 
Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi 
perlulah di pelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang 
salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang 
boleh di pakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk 
melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan
 pelindung gigi.
Selain
 itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan 
kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di 
buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk 
mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk 
sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan 
permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya 
telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
PAKAIAN
Pakaian
 yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada 
bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas,Canterburry, Hasbro
 dan banyak lagi. Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang 
mempunyai stab di tapak seperti kasut bola. Ini adalah dengan tujuan 
untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau 
sebagainya. Dilengkapi dengan stokin, pemain ragbi juga kebiasaannya 
memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.
 
No comments:
Post a Comment