Ragbi 
Ragbi dikatakan "a fast-paced, 
evergrowing game". Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap 
pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa 
bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau 
menyentuh di belakang garisan lawan.  Pasukan yang memungut mata paling 
banyak maka pasukan itu yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan 
ini.
Ramai mengenali ragbi adalah salah satu 
sukan yang kasar dan lasak. Namun, ianya adalah salah satu sukan yang 
membentuk keperibadian dan disiplin seseorang. Ramai juga beranggapan 
sukan ragbi adalah untuk lelaki sejati sahaja. Untuk bermain ragbi, 
setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk 
masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat 
popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil 
"forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula 
dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.
 
No comments:
Post a Comment