Jogging bahayakan kesihatan?
Senaman perlu kerap
dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan untuk
mengekalkan kesihatan diri.
Dan ramai orang yang
mahu sentiasa kelihatan segar dan sihat. Oleh itu, mereka berjogging.
Bagaimanapun jogging bukan saja memberi banyak manfaat, ia juga boleh
membahayakan.
Di sini adalah
beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin memulakan senaman
dengan berjogging: Ada beberapa sebab mengapa jogging berbahaya dan bagaimana
ia boleh merosakkan kesihatan anda.
* Jika anda
berjogging di jalan raya, anda akan menghadapi risiko dilanggar.
Di Amerika Syarikat,
Persatuan Automobil pernah
melaporkan dalam tempoh 12 bulan saja, 8,300 orang yang berjogging terbunuh dilanggar
kereta manakala 100,000 lagi cedera. Untuk menggelakkan risiko ini, anda perlu berjogging jauh
daripada kawasan kenderaan atau sekurang-kurangnya pastikan anda memakai
pakaian yang mempunyai tanda-tanda amaran keselamatan jalan raya ketika keluar
pada waktu malam.
* Berjogging di
jalan yang bengkang-bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian penyambung
anggota badan anda.
Salah satu kaki anda akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi pula akan
mengalami sedikit kekejangan.
* Sakit belakang
adalah masalah yang sering dialami di kalangan mereka yang berjogging, khususnya
yang berlari di kawasan yang sama rata. Dalam satu masa, tulang belakang anda
akan menerima kira-kira 10,000 pusingan pelakuan yang tangkas. Akhirnya, anda akan mengalami sakit belakang yang
berpanjangan.
* Sakit jantung
adalah penyakit yang biasa dihadapi oleh golongan pertengahan umur yang tidak
sihat dan berjogging tanpa latihan teratur. Dilaporkan satu punca utama mengapa
mereka yang tidak sihat dilatih berjogging berduaduaan adalah untuk memudahkan
salah seorang itu mendapatkan bantuan ambulans sekiranya rakannya diserang
sakit jantung.
* Tekanan di
sesetengah bahagian pada tulang kaki adalah biasa khususnya di kalangan pelari
yang kurang pengetahuan dalam teknik itu. Untuk meminimumkan risiko itu, pelari sepatutnya mengganggotai
kelab yang baik dan meminta nasihat daripada jurulatih yang bertauliah.
* Jangan berlari
jika terasa sakit. Anggota badan yang sakit itu adalah tanda bahawa
anda harus BERHENTI. Jika anda tidak memperdulikan amaran itu dan terus
berlari, anda akan mengalami kerosakan anggota yang kekal dan mungkin juga
menemui ajal.
* Denyutan jantung
yang berlebihan akibat terlalu banyak berjogging boleh merosakkan hati dan
jantung anda dan pertukaran hormon yang dikeluarkan juga boleh menjejaskan
kehidupan seks anda.
* Setiap kali kaki
anda terhentak ke tanah, tulang dan penyambungnya menghadapi risiko rosak. Bagi mengurangkan risiko kecederaan yang teruk, pastikan anda
berlari dalam keadaan yang selesa, memakai kasut yang mempunyai tapak sesuai
untuk tahan menerima hentakan kaki yang berulangkali.
* Berlari boleh
menyebabkan anda ketagih. Apabila anda berlari, tubuh anda akan mengeluarkan
sejenis hormon yang dikenali sebagai endorfin dan ia adalah sama dengan sejenis
dadah heroin serta
morfin, apabila seketika akan membuatkan anda ketagih.
Beberapa sebab
mengapa berjogging adalah baik untuk anda bagaimana ia dapat membantu kesihatan:
* Jogging membantu
menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong
mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua.
* Senaman yang
kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan jantung dan mengurangkan
kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging juga baik, wajar sebagai salah satu
senanam diperlukan oleh anda.
* Jika anda terlalu
gemuk, anda boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.
* Kadar denyutan
otot anda dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman
yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan atau masalah
lain.
* Jika anda
menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu hati atau masalah yang
seakan-akan dengannya, senaman yang kerap membantu anda menyelesaikan masalah
berkenaan dan seterusnya melindungi anda daripada masalah akan datang. Dengan
membantu mengurangkan tahap tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah
penyakit ulcer.
* Sistem pernafasan
anda dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian betul, anda perlu
belajar bernafas.
* Dengan
memperuntukkan satu hingga dua jam seminggu untuk berjogging, anda boleh
menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami setiap hari. Ingat!
Tidak ramai orang berjogging membawa bersamanya telefon
bimbit.
Jogging adalah satu cara yang baik untuk menghapuskan tekanan. Jika kerja anda
membuatkan anda sentiasa tertekan, jogging adalah elok untuk merehatkan anda.
No comments:
Post a Comment