| 
RAGBI SENTUH PANTAI- PORT DICKSON. 
1. Tujuan : skor lebih banyak mata terhadap pihak lawan (Touch down). 
2. Komposisi 8 pemain sepasukan (5 On 5). 
3. MULA PERMAINAN (Commencement) bagi Pasukan Penyerang
 atau MULA SEMULA PERMAINAN (Recommencement) selepas pasukan penyerang 
melakukan skor/ touch down adalah dengan cara sentuhkan bola ragbi ke 
tanah. Ia dilakukan di titik tengah 'Score line' yang dinamakan HALF WAY MARK. 
4. Apabila pengadil 
meniup wisel mula, ketua pasukan penyerang akan menyentuhkan bola ke 
tanah dan memulakan lontaran pertama tanpa melangkah ke hadapan 
melainkan ia sebahagian daripada gerakan melontar bola. 
5. Federation Of International Touch (FIT) tidak membenarkan bola ragbi sentuh dikendali menggunakan kaki. 
7. Selepas Pasukan Bertahan melakukan 'Touch' ke atas pihak lawan, Pasukan Bertahan perlu berundur 3 meter dari titik 'Mark'.  
8. Apabila Pasukan Penyerang 
berjaya melakukan Touch down (Score), pasukan penyerang perlu tinggalkan
 bola di Touch Down Zone dan kembali ke posisi bertahan di tengah-tengah
 padang (Halfway Line). Pasukan kena score akan Mula Semula Permainan 
sebagai Penyerang di Half Way Mark (Score Line) dengan sentuhkan bola ke
 tanah dan memulakan lontaran bola. 
9. Dua Belas (12) jenis kesalahan (Infringement): 
a- Meletakkan bola ke tanah dengan sengaja dalam permainan. 
b-Teruskan melangkah dan membuat 
lontaran bola setelah disentuh 'Touch' oleh pihak lawan; atau ketika 
Mula Permainan; atau Mula Semula Permainan. 
c-Memijak atau keluar Garisan Tepi (Sideline). 
d-Bola tidak di sentuh ke tanah terlebih dahulu di titik 'Mark'. 
e-Tidak mahu meneruskan permainan setelah disentuh. 
f-Melontar bola ke hadapan. 
g-Tidak mengembalikan bola ke 'Mark' 
atau tidak menyampaikan bola kepada pihak lawan dikedudukan terdekat 
ketika menukar posisi permainan. 
h-Off side. 
i-Pasukan Bertahan tidak mahu melakukan sentuhan. 
j.Gangguan dalam permainan. 
k.'Unsportsman like behavior'. 
10. Melanggar Peraturan Permainan (Infringement) akan menyebabkan: 
a-Pemain diarah keluar padang. 
b.Posisi bola di serah kepada pihak lawan. 
c.Anugerah 4 sentuhan tambahan kepada 
pihak tidak melakukan kesalahan dan pasukan melakukan kesalahan di hukum
 berundur 5 meter ke belakang. 
11. FIT: The playing 
Rules of Beach and Indoor Touch are the same. The only differece is the 
surface and manner of scoring indoors. Beach is designed for fast 
action, high scoring and plenty of spectacular appeal. On the beach its 
allow for spectacular diving either to score points or effect a touch. 
12. Cara bermain ini di adaptasi dari Federation Of International Touch; BEACH/INDOOR TOUCH PLAYING RULES by Cary Thompson. 
(Sumber : Sukandaily)  | 
Thursday, 19 April 2012
MUDAH BERMAIN RAGBI SENTUH PANTAI PORT DICKSON
MUDAH BERMAIN RAGBI SENTUH PANTAI PORT DICKSON   
    
  
     
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
No comments:
Post a Comment