Senaman di Pejabat
Seharian bekerja sudah
tentu meletihkan dan apabila pulang ke rumah, apa yang terfikir hanyalah
berehat sambil menonton televisyen atau bersama keluarga.
Sudah tentu, dengan
rutin ini, anda hampir tiada masa untuk bersenam atau mengamalkan gaya hidup
yang sihat kerana kekangan waktu. Cuba fikirkan anda berada di pejabat dari jam
9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Malah, ketika
pulang pula terpaksa
menghadapi kesesakan jalan raya dan boleh dikatakan sebahagian waktu anda
dihabiskan tanpa melakukan regangan atau senaman.
Apatah lagi anda
terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin. Sedikit
sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan anda dan menjadikan anda seorang yang
tidak sihat.
Cara yang terbaik
untuk mengekalkan anda sentiasa sihat selain menjaga pemakanan adalah melakukan
regangan ringkas atau senaman. Berikut dikongsi tip senam mudah yang boleh
dilakukan di pejabat:
* Gunakan tangga
dan kurangkan penggunaan lif atau ketika makan tengah hari amalkan untuk
berjalan ke restoran berdekatan pejabat anda.
* Ketika duduk,
gunakan teknik arm strengthen di mana anda hanya perlu duduk tegak di kerusi
anda dan bawa tangan anda ke depan kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.
* Genggam telapak
tangan yang ditegakkan ke atas menggunakan tapak tangan sebelah lagi.
Perlahan-lahan turunkan tangan dan pastikan kedudukan tangan tidak berubah
untuk menguatkan otot lengan. Lakukan beberapa kali dan ulang langkah yang sama
pada tangan sebelah lagi.
* Anda juga boleh
mengamalkan teknik wrist movement di mana masih lagi dalam kedudukan tegak.
Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah
kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan
semula pinggang ke sebelah kanan pula.
* Manakala teknik
back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan
bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul. Letakkan tangan
kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri
dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah di
sebelah kanan pula.
Malah anda masih
lagi boleh melakukan senaman ringkas sebegini ketika menghadiri mesyuarat panjang
atau sedang melakukan perbincangan bersama dengan rakan sekerja.
Sehubungan itu,
tiada lagi alasan untuk menyatakan anda tiada masa untuk melakukan senaman
kerana sibuk dan kerap pulang lewat ke rumah.
Jika pejabat anda
mempunyai gimnasium, gunakan peluang ini sebaiknya dan luangkan kirakira 20
minit untuk melakukan senaman ketika waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah.
Bagi memastikan
anda sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, apa kata ajak rakan sekerja
melakukan senaman bersenam. Pasti ini lebih menyeronokkan!
No comments:
Post a Comment