Thursday 19 April 2012

PERATURAN RAGBI SENTUH

 
PERATURAN RAGBI SENTUH
Peraturan asas dan cara bermain ragbi sentuh

PENGENALAN – APA ITU RAGBI SENTUH?

Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana iadigunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan daripermainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermaindan beberapa orang rakan.Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan sentuhan yang minimum dantidak merbahaya.Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau mudadan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan ‘rugby union’,tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle.Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik untuk meningkatkan kemahiran asaslarian(running), pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberisokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asasserangan(attacking) dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera keranapermainan ini memang tidak merbahaya.

BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH?

Fleksibiliti:

Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemain berpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita atau dicampurkan lelaki dan wanita dalam satu kumpulan. Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan pelanggaran/sentuhan yangminimum(tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkandi padang dan juga ketika aktiviti sosial.
 
Ragbi Sentuh adalah permainan yang mudah dimainkan di mana-mana. Ia boledimainkan di padang mahupun di pantai. Permainan ini sangat mudah untuk dipelajaridan dimainkan. Ragbi Sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain untukmengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan.

BAHAGIAN 2 - MEMAHAMI PERMAINAN

Objektif permainan:

Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai'touchdown' dan untuk mengelakkan pihak lawan daripada melakukan ‘touchdown’.Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke hadapandan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran. Selainitu, bergerak bersama-sama bola akan member kelebihan untuk mendapatkan kawasanpadang dan untuk mendapatkan peluang mendapatkan skor.Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerangmemperolehi kelebihan kawasan padang dan juga mata. Sama ada pasukanmenyerang atau bertahan kedua-duanya boleh memulakan sentuhan.

Permulaan Permainan:

Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang ataupasukan mana yang akan memulakan permainan dengan ‘tab’ dari tengah kawasanpadang. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak lawan yang bertahan.Jika sentuhan dianggap terlalu kuat, hukuman/penalti akan diberikan kepada pihak  yang melakukan sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10meter ke belakang untuk meneruskan permainan. “DUMMY HALF” boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketikamembawa bola. Jika disentuh ketika membawa bola, bola akan diserahkan kepadapasukan yang bertahan dan dimulakan dengan “Rollball” .

Tempoh Permainan:

Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapisebagai panduan cuba 2 x 10 minit.

Rollball 

Rollball ini dipengaruhi oleh bahagian.Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan skor(scoreline)pihak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan kebelakang di atas tanah. Ia mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidaklebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya, pasukan penyerang perlumelangkah melebihi bola tersebut.Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman akan diberikan kepadapasukan bertahan.'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan tidakmenggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkanpihak pembangkang mendapat kelebihan penalti.
 
Ukuran Padang:

Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkanpada ukuran setengah padang ragbi iaitu 50x70meter. ‘Goal Post’ tidak diperlukanuntuk memainkan permainan ragbi sentuh.

Jumlah pemain:

Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemaindi atas padang pada satu-satu masa. Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti kepada setiappemain.

Kaedah penilaian:

Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepasgarisan skor pihak lawan. Satu skor bernilai 5 mata.Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihaklawan untuk memulakan permainan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidakboleh skor.
Penalti:
Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter.Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh boladengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.Setelah skor dibuat oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semuladengan “tab” di tengah padang oleh pasukan non-scoring.
 
BAHAGIAN 3 - ASAS PERMAINAN

Hantaran(Passing):
“Forward Pass” berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika bolatersebut dilemparkan ia berada di hadapan pemain yang melemparkan bola. Dalamsituasi ini, penalty akan diberikan.

Sentuhan:
“Touch and Pass” terjadi ketika seseorang yang telah disentuh kemudian membuathantaran. Jika berulang kali melakukankannya, penalti akan diberikan.Pemain dari kedua-dua pasukan mempertahan dan penyerang akan menggunakankuasa minimum untuk cuba mengelak dari disentuh dan menyentuh.Sentuhan 'boleh dilakukan pada setiap bahagian badan pemegang bola,sama adapakaian mereka atau bola.Setelah disentuh, pembawa bola dikehandaki untuk berhenti serta merta dan kembalike tanda di mana ia disentuh. Kemudian lakukan Rollball tanpa menagguhkan masa.

Offside:
Pemain menyerang adalah offside ketika pemain ketika pemain tersebut melebihi daripemain lain yang menyerang yang memiliki bola atau orang terakhir yang memegangbola. Seorang pemain bertahan akan offside jika tidak mundur 10meter(sewaktu Rollball)atau 10meter(ketika penalti atau permulaan semula selepas membuat skor)
 
Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter (ketika Rollball) atau 10 meter (ketika penalti dan ketika memulakan permainan selepasmelakukan skor).Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan diberikan hukuman.

BAHAGIAN 4 - PERATURAN UMUM 

Umum:
'Overstepping' atau ‘off the mark' terjadi ketika pemain yang telah disentuh berjalanmelebihi titik/tanda di mana  mereka disentuh. Dalam kes ini, penalti akan diberikankepada pasukan pembawa bola yang disentuh tersebut.Jika bola jatuh ke tanah atas sebarang sebab, perubahan pemilikan dan permainanakan berlaku dan permainan akan dimulakan kembali dengan sebuah Rollball.Penggembalaan atau Obstruction akan menyebabkan penalti diberikan kepada pihakpembawa bola.Penyimpangan(Deviation) yang terjadi disarankan dengan meneruskan permainan apabila pasukan bertahan tidak mundur 10meter dan jika pasukan bertahan menghalang pergerakan pemain menyerang. Penalti akan diberikan kepada pasukan bertahan.Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul,melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yangsedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat ‘sin-binned’ selama 5 minit tanpa penggantian.

3 comments: