Wednesday 5 September 2012


ARKIB : 01/08/2012

Ragbi: Pelajar Politeknik Merlimau idam wakili negara

JASIN 31 Julai - Pasukan ragbi Politeknik Merlimau (PMM) giat menjalani latihan pemilihan pasukan kebangsaan ke Kejohanan Ragbi Asia Bawah 19 tahun yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Pengarahnya, Dr. Arshah Kassim berkata, beberapa pemain PMM berpotensi untuk diketengahkan bagi mewakili pasukan kebangsaan menghadapi kejohanan itu.
Menurutnya, sukan ragbi kini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan PMM berhajat untuk melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan itu untuk diketengahkan mewakili negara.
"Minat pelajar dapat dilihat dalam dua perlawanan persahabatan yang telah diadakan dengan dua kelab ragbi dari luar negara baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Arshah, dua perlawanan persahabatan yang telah diadakan ialah bertemu Loughborough School (U18) U.K. dan Wellingborough School U.K U18.
Beliau menambah, kebanyakan pelajar semester satu beraksi dalam dua perlawanan persahabatan yang memperlihatkan kesungguhan dan minat terhadap sukan tersebut.
"Walaupun nampak perbezaan ketara pihak lawan dari segi fizikal tetapi ia langsung tidak menggugat semangat pasukan PMM untuk berjuang sehingga tamat perlawanan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment