Wednesday 5 September 2012

Ragbi 7 sebelah: Malaysia gagal raih tempat


Ragbi 7 sebelah: Malaysia gagal raih tempat

KOTA KINABALU - Kelebihan menjadi tuan rumah gagal dimanfaatkan oleh pasukan Malaysia apabila tewas dalam dua perlawanan Kumpulan B Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah 2012 HSBC.
Barisan pemain muda negara kalah 5-7 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan pertama dan gagal meraih sebarang mata ketika berdepan Hong Kong sebelum tunduk 37-0.
Kekalahan Malaysia bermakna mereka terpaksa bertemu Singapura dalam kategori bowl pada hari ini.
Jurulatih Malaysia, Yusli Ramli berkata pasukan negara masih kekurangan pengalaman memandangkan kebanyakan mereka adalah pelajar dan belum pernah beraksi di pentas antarabangsa.
''Malam ini, kami akan duduk bersama pemain untuk melakukan post mortem dan merangka strategi terbaik semasa bertemu Singapura," katanya.

No comments:

Post a Comment