Saturday 22 September 2012

KEJOHANAN Ragbi Tujuh Sepasukan Jonah Jones bakal kembali lebih meriah tahun ini.


Ragbi 7 Sepasukan Jonah Jones kembali


SKUAD ragbi wanita RSC (jersi cerah) akan kembali beraksi pada Kejohanan 7 Sepasukan Jonah Jones yang bakal bermula di Bukit Kiara, Sabtu ini.


KEJOHANAN Ragbi Tujuh Sepasukan Jonah Jones bakal kembali lebih meriah tahun ini.
Kejohanan edisi 2012 itu akan berlangsung di padang Kelab Diraja Selangor (RSC) Bukit Kiara pada 22 hingga 23 September ini dengan sepak mula dijadualkan pada pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Tahun ini, kejohanan tersebut menjanjikan persaingan yang lebih menarik kerana setakat ini 50 pasukan telah mengesahkan penyertaan.
Pasukan-pasukan yang bertanding termasuk dari Hong Kong dan Singapura yang akan mengambil bahagian dalam pelbagai kategori iaitu Liga Super untuk para pemain profesional dan separuh profesional serta kategori terbuka yang dikhususkan kepada semua kelab yang berdaftar dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dan juga kategori Colts untuk pemain berusia bawah 21 tahun serta kategori wanita.
Turut dipertandingkan pada tahun ini ialah kategori heavyweight bagi para pemain veteran berumur 35 tahun ke atas.
Penganjur juga menyediakan pengangkutan percuma untuk para penonton bagi menyaksikan kejohanan ini.
Bas khas akan menghantar mereka setiap jam ke lokasi pertandingan dari dua perhentian iaitu di Jalan Sri Hartamas 8 dan Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara.

No comments:

Post a Comment