Friday 6 July 2012

Keracunan Makanan


Keracunan Makanan

by www.moh.gov.my

Apakah keracunan makanan?
.Keadaan di mana seseorang itu mengalami
  • oya dan muntah
  • memulas dan sakit perut
  • cirit- birit
  • kadangkala demam dan kesejukan
Bilakah gejala- gejala ini timbul?
Biasanya gejala- gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar (beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
  • Ketahanan seseorang
  • Jenis racun
  • Jumlah racun yang termakan
  • Umur seseorang
Apakah punca keracunan makanan?
Punca utama ialah makan makanan yang
  • Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan, ‘shellfish’ dan sebagainya.
  • Tercemar oleh kuman yang merbahaya
  • Tercemar oleh bahan- bahan kimia
  • Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya
Bagaimana cara jangkitan
  • Penjaja/ penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya.
  • Penjaja/ penjual tidak mangamalkan kebersihan ketika menyedia makanan.
  • Penjaja/ penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya.
  • Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli.
  • Menjamah makanan dengan tangan yang kotor.
Bolehkah masalah ini diatasi?
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak- hak kita untuk
  • Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan.
  • Menjauhi gerai- gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan.
  • Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi dari membeli makanan dari gerai yang kotor.
  • Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan.
  • Melapurkan penjaja/ peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/ Majlis Bandaran.

Bolehkah keracunan makanan berlaku di rumah?
Ya…………Jika tidak mengikut amalan- amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan.

Patuhilah amalan- amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti:
  • Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelummengendali, menyedia dan menyentuh makanan.
  • Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih.
  • Gunakanlah alat- alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan gunakan alat- alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak.
  • Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk.
  • Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik- baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
Jika terjadi keracunan makanan kepada anda atau keluarga anda………
  • Segera ke klinik atau Hospital untuk mendapat rawatan.
  • Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak KakitanganKesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
  • Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut.
  • Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan yangberhampiran dengan segera.
Sumber Dari www.moh.gov.my

No comments:

Post a Comment