Friday 6 July 2012

Satu Pelajaran Motivasi


Satu Pelajaran Motivasi


Seorang penceramah terkenal memulakan seminarnya dengan menunjukkan sekeping wang $20.  Di dalam bilik yang dipenuhi 200 orang itu, beliau bertanya, “Siapa mahu duit $20 ini?”  Ada yang mengangkat tangan.  Beliau berkata, “Saya akan memberikan duit $20 ini kepada salah seorang daripada anda tetapi sebelum itu, biar saya lakukan ini.”  Beliau terus meronyokkan wang tersebut.  Beliau kemudian bertanya, “Siapa masih mahu duit ini?”  Masih ada yang mengangkat tangan.  “Baiklah,” balasnya, “Apa kata jika saya buat begini?”  Dan dia membuangnya ke lantai dan menenyehkannya dengan kasut.  Beliau memungut kembali wang yang sekarang telah ronyok dan kotor.  “Sekarang, siapa yang masih mahukan duit ini?” Masih  juga ada yang mengangkat tangan.

“Kawan-kawan, anda baru sahaja mendapat satu pelajaran yang amat bernilai.  Tidak kira apa yang saya lakukan pada duit ini, anda masih mahukannya kerana perbuatan saya tidak mengurangkan nilai duit ini. Nilainya masih $20.  Berbilang kali dalam hidup ini, kita direbahkan, harapan kita dihancurkan, dan kita ditenggelamkan ke dalam kotoran akibat keputusan yang kita ambil dan keadaan yang terpaksa kita tempuhi.  Kita terasa seolah-olah tidak mempunyai nilai diri.  Tetapi biarpun apa jua yang telah atau akan berlaku, anda tidak akan kehilangan harga diri.  Anda adalah istimewa -  Jangan sesekali melupakannya!

Dari Internet

No comments:

Post a Comment