Friday 6 July 2012

Membina Hubungan Ibu Bapa Dan Guru Yang Terbaik


Membina Hubungan Ibu Bapa Dan Guru Yang Terbaik

by Bruce Hammond

Mengapakah tidak ada buku mengenai bagaimana memperbaiki perhubungan antara guru dan ibu  bapa? Mungkin ia boleh diberi tajuk Guru Berasal Dari Musytari, Ibu Bapa Berasal Dari Jupiter. Iklan mengenainya boleh menunjukkan seorang pakar (berpakaian kot putih) dan pertemuan menyayat hati  di antara seorang ibu atau bapa dengan seorang guru yang merupakan musuh ketat sebelum membaca buku ini. Masukkan juga beberapa orang kanak-kanak comel dan pelukan mesra, dan buku ini pasti laris.
Hingga kini Barbara DeAngelis masih belum membalas panggilan telefon saya. Tetapi saya masih fikir bahawa masalah  di antara ibu bapa dan guru boleh diselesaikan  melalui persefahaman. Apa yang perlu dititikberatkan ialah perbezaaan pendapat yang ketara mengenai pendidikan. Walaupun otak saya berbisik “tiga kali bayaran mudah sebanyak $39.99,” nasihat berikut adalah percuma:
Ibu bapa selalu risau mengenai apa yang dipelajari oleh anak-anak mereka, sedangkan guru-guru lebih mementingkan bagaimana mereka belajar. Ibu bapa meelihat kepada produk, sedangkan guru-guru mengharungi proses pembuatannya. Adakah para pelajaar bekerja dalam kumpulan keecil atau berbincang sebagai satu kelas?
Apabila pihak sekolah membuat sesuatu yang kelihatan gila di mata ibu bapa, isu mengenai BAGAIMANA dan APA adalah perkara yang sering dibahaskan. Contohnya, jika sekolah menawarkan matapelajaran sejarah Eropah dari tahun 1000 hingga kini, seorang guru boleh menghabiskan kesemua topik dalam setahun dengan memberi kuliah biasa. Andaikan pula pihak sekolah mahu menggabungkan kurikulum itu dengan Bahasa Inggeris. Ini bermakna ia menggabungkan dua subjek -- kajian yang mendalam mengenai era tertentu dan aktiviti yang lebih menekankan kerjasama – dan ini bermakna bahawa matapelajaran itu akan hanya meliputi era di antara tahun 1500 hingga kini. Ibu bapa kemudiannya akan bertanya mengapa era antara tahun 1000 hingga 1500 diabaikan, terutamanya jika topik itu tidak diajar di sekolah lain. Seorang guru mungkin menjawab bahawa proses pembelajaran dipertitngkatkan melalui aktiviti berkumpulan dan hubungkait antara idea dan subjek-subjeknya. Dan perbahasan pun berterusan…
Kebanyakan inisiatif pendidikan yang mendatangkan kontroversi adalah disasarkan kepada cara pembelajaran. Ini tidak  bermakna ia sentiasa berjaya. Walaupun pengetahuan mengenai proses pembelajaran sentiasa bertambah, bukti bahawa satu cara tertentu itu adalah lebih efektif daripada yang lain masih lagi samar-samar. Sebagai satu kumpulan, para pendidik sering kali cuba mempraktikkan teknik-teknik terbaru. Sepuluh tahun kemudian, satu cara yang lain pula menjadi ikutan.
Ibu bapa boleh mengingatkan guru-guru tentang realitinya.  Kurikulum yang terbaik pun tidak akan berjaya jika pelajar dan ibu bapa tidak yakin mengenainya. Tetapi ibu bapa harus ingat bahawa isu-isu seperti ini kelihatan mudah jika dilihat dari luaran. Mereka yang faham tentang situasi kompleks yang terpakssa dihadapi oleh  guru-guru yang mengajar sebuah kelas yang penuh akan mempunyai perhubungan yang lebih produktif dengan guru-guru.  Sebagai seorang guru dan pentadbir, ssaya boleh memberi beberapa panduan untuk membina perhubungan yang positif antara ibu bapa dan guru:
Jadikan interaksi anda yang pertama sesuatu yang positif Jika ibu bapa menegur saya dengan mesra semassa perjumpaan ibu bapa dan guru, saya akan lebih bersikap terbuka apabila dia  mengemukakan sesuatu  masalah di kemudian hari.
Jangan marah sebelum mengetahui fakta-faktanya Seorang murid yang paling dipercayai juga kadang kala memutarbelitkan maklumat yang penting. Ibu bapa dan guru yang tahu bahagian cerita yang berbeza boleh menyelesaikan isu itu dengan bertukar-tukar maklumat.
Jangan pijak kepala meerekaa Sebagai seorang guru, saya sangat marah apabila seorang ibu atau bapa mengadu kepada pengetua mengenai kelas saya. Berbincanglah dengan guru dahulu, kemudian pergi kepada pengetua jika anda tidak puas hati.
Ingat bahawa kebanyakan guru adalah sensitif Mengajar adalah satu pekerjaan yang sangat peribadi – guru-guru adalah mereka yang dibayar untuk bertanggungjawab terhadap pemikiran dan perasaan orang lain. Berbincang dengan cara yang tidak menyinggung perasaan adalah penting.
Akhir sekali ...Seorang guru yang baik akan mengalu-alukan dialog dengan ibu bapa  kerana ia membolehkan mereka lebih memahami pelajar-pelajar mereka. Ibu bapa mempunyai hak untuk mendapatkan maklum balas daripada guru sekerap yang boleh dan perlu diberitahu  segera mengenai sesuatu masalah akademik. Ingat: Seperti juga dalam mana-mana perhubungan, komunikasi adalah kunci kepada sebuah perhubungan antara ibu  bapa dan guru.

No comments:

Post a Comment