Friday 6 July 2012

Tip Lelaki


Tip Lelaki

by www.utusan.com.my

Senaman kemutan baik untuk lelaki
Sejak 
lima dekad yang lalu, kita biasa mendengar wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik atau kemutan, khusus bagi menguatkan otot-otot mereka selepas proses kelahiran.
Sebaliknya, kini para saintis bersependapat bahawa aktiviti seumpama ini juga dapat membantu lelaki.
Sepasukan penyelidik dari Universiti West England di Bristol, Britain, membuat kajian ke atas 55 lelaki yang berusia 59 tahun dan menghadapi masalah mati pucuk sekurang-kurangnya enam bulan.
Hasil kajian mendapati, 40 peratus lelaki yang melakukan senaman ini setiap hari selama antara tiga hingga enam bulan fungsi ereksi mereka semakin normal dan sebahagian yang lain lebih baik.
Mereka yang menghadapi masalah pembuangan air kecil juga semakin baik.
Lantai pelvik merupakan otot-otot buaian yang menyokong usus dan pundi kencing. Saintis berpendapat, keberkesanan senaman tersebut dipercayai setaraf dengan pil Viagra.
Menurut jurucakap persatuan mati pucuk di luar negara, senaman tersebut dapat menguatkan otot-otot di sekeliling zakar dan meningkatkan bekalan darah ke bahagian tersebut. Apabila otot-otot lantai pelvik (lihat diagram) menjadi lemah, keupayaan anda menahan kencing atau angin semasa melakukan aktiviti fizikal juga terganggu.
Seperti otot tubuh yang lain, lebih banyak ia digunakan dan senaman dilakukan, fungsinya bertambah baik.
Menguatkan lantai otot-otot pelvik akan meningkatkan kawalan pundi kencing dan usus.
Senaman kemutan ini bertujuan untuk membantu kawalan pembuangan air kecil, terutama di kalangan mereka yang menghadapi masalah tidak dapat menahan untuk membuang air kecil.
Sumber Dari Utusan Online

No comments:

Post a Comment