Friday 6 July 2012

Penyelesaian bagi satu masaalah.


INSPIRASI: Jenaka

Penyelesaian bagi satu masaalah.


Ada seorang petani tua yang mempunyai seorang isteri yang sentiasa membebel kepadanya. Dari pagi hinggalah ke malam, dia akan membebel tentang sesuatu.

Satu-satunya masa yang aman dan damai untuk petani tua itu hanyalah semasa dia sedang membajak sawahnya bersama-sama dengan lembu betina tuanya.

Dia memang selalu membajak.

Suatu hari, semasa petani tua sedang membajak, isterinya datang ke sawah membawa makanan tengaharinya. Petani tua itu pun membawa dan menambat lembu betinanya itu di tempat yang teduh, duduk diatas tunggul kayu di sebelahnya dan mula makan makanannya itu.

Tiba-tiba, isteri petani tua mula mengganggu ketenteramannya itu dengan tabiat buruknya itu. Isteri petani tua terus mengutuk, mengutuk, membebel, membebel; dan terus menerus dengan kelakuannya itu tidak berhenti-henti.

Tanpa disangka-sangka, lembu betina tua menerajang kaki belakangnya, dan terkena di belakang kepala isteri petani tua. Isterinya itu pun mati di situ juga.

Pada hari pengkebumian beberapa hari kemudian, pak imam perasan ada sesuatu yang ganjil sedang berlaku.

Apabila perempuan yang berkabung menemui petani tua itu, dia akan mendengar kata-kata mereka seketika, kemudian menganggukkan kepalanya tanda setuju; tetapi apabila lelaki yang berkabung menemuinya, dia akan mendengar kata-kata mereka seketika, kemudian akan menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

Perkara ini berlaku secara tetap sehingga pak imam bercadang untuk bertanya kepada petani tua berkenaan perkara itu. Oleh itu, sebaik sahaja pengkebumian selesai, pak imam pun bertemu dengan petani tua dan bertanya mengapa petani tua mengangguk kepala dan bersetuju dengan perempuan tetapi sentiasa menggelengkan kepala dan tidak bersetuju pada semua lelaki.

Petani tua berkata, “sebenarnya, perempuan berkabung itu telah datang dan mengatakan tentang kebaikan isteri saya, ataupun kecantikan pakaiannya, oleh itu saya pun menganggukkan kepala tanda setuju.”

“Dan bagaimana pula dengan lelaki?” pak imam bertanya.

“Mereka ingin tahu sama ada lembu betina itu untuk di jual”

No comments:

Post a Comment