Monday 30 July 2012

SMS Selangor ungguli ragbi 10 sebelah 1MIS

SEKOLAH Menengah Sains (SMS) Selangor muncul juara Kejohanan Ragbi 10 sepasukan Bawah 16 Tahun Karnival 1Murid 1Sukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) Pengkalan Chepa, Kelantan, baru-baru ini.
SMS Selangor yang menewaskan SMS Hulu Selangor pada perlawanan akhir ragbi nyata sukar digugat apabila membenam cabaran lawan dengan keputusan 32-3.Berikutan kejuaraan itu, SMS Selangor menerima piala pusingan, piala iringan dan medal serta sijil yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Rosland Hussein.Sementara itu, SMS Muar, Johor menjuarai pertandingan bola jaring SBP sempena karnival berkenaan apabila menewaskan SMS Teluk Intan, Perak pada perlawanan akhir yang diadakan di SMS Pasir Puteh, Kelantan.Tempat ketiga bersama dimenangi SMS Pasir Puteh dan SMS Kuala Selangor, manakala pemain terbaik disandang oleh Fatin Athirah Mohd Asri dari SMS Muar, sekali gus memenangi piala iringan dan medal.Dalam pada itu, Rosland ketika berucap menutup kejohanan itu berkata, penyertaan pelajar dari SBP di seluruh negara dapat memupuk semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan mereka.Sehubungan itu, katanya, Kementerian Pelajaran menggalakkan penyertaan aktif pelajar di semua peringkat termasuk di SBP mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan kerana ia mampu melahirkan generasi sihat dan cergas."Selain tumpuan mencapai kecemerlangan dalam akademik, sukan juga amat penting diserta pelajar kerana ia turut diambil kira kepada mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam."Saya bangga melihat ramai bakat sukan dilahirkan menerusi program pembangunan sukan yang bermula sejak usia muda lagi dan pelajar yang berbakat dapat diketengahkan bagi mewakili sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan," katanya.

Publication: HM
Date of publication: Jul 24, 2012
Byline / Author: Ismail Muhamad

No comments:

Post a Comment