Friday 6 July 2012

Terung Atasi Masalah Kolestrol


Terung Atasi Masalah Kolestrol

by www.bharian.com.my

LEMAK adalah sebatian yang diperlukan badan tetapi pada kadar yang sedikit kerana ia adalah bahagian penting tisu saraf. Kolesterol pula berguna untuk penjagaan kesihatan, tetapi mesti pada jumlah yang betul.

Masalahnya, apabila kolesterol bertambah terlalu banyak, ia akan bertimbun di tempat yang tidak diperlukan dan melekat pada dinding serta bahagian arteri.

Kedua-duanya menjadi berat serta mengakibatkan penyumbatan dan menghalang laluan udara dan nutrien dengan lancar, lalu menghasilkan risiko kepada serangan darah tinggi dan jantung serta boleh mengancam nyawa jika tidak dikawal.

Oleh kerana kolesterol masuk ke dalam badan melalui lemak haiwan, pengurangan pengambilan bahan ini disyorkan bagi membantu melindungi diri daripada kolesterol berlebihan.

Sebenarnya, kolesterol hanya ada dalam makanan yang berasal daripada haiwan. Ini termasuk semua daging, produk susu, telur dan produk yang dibuat daripada makanan.

Kolesterol tidak kelihatan dalam makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, kekacang dan produk yang diperbuat daripada makanan ini.

Bagi melaraskan pengambilan kolesterol, anda hanya perlu berwaspada dan berhati-hati terhadap perkara asas mengenai lemak.

Walaupun badan menghasilkan sedikit lemak, anda masih memerlukannya daripada makanan haiwan, cuma dalam jumlah terhad dan terkawal.

Kolesterol diperlukan untuk penghasilan hormon kelenjar, pembentukan sel tisu membran, penciptaan sel dan tisu baru. Ia adalah elemen yang berstruktur dalam dinding dan selaput yang mengelilingi gentian saraf tertentu, dipanggil selaput mielin.

Kolesterol juga ditukarkan kepada asid hempedu yang membantu proses pencernaan.

Jadi, lemak ini diperlukan, tetapi dengan jumlah yang hanya boleh dikendalikan dengan selamat oleh badan.

Sebaliknya, apabila lebih banyak kolesterol daripada yang mampu dihuraikan metabolisme diambil, ia boleh mencederakan kesihatan serta memendekkan usia hayat seseorang.

Makanan penawar yang seimbang perlu bagi membantu badan mengurangi kadar kolesterol dan menolong metabolik mencernakan lemak berlebihan serta mengembalikan keseimbangan lemak dalam organisma anda.

Terung, misalnya membantu membersihkan lemak badan selain penawar menentang lemak yang berkesan. Sayur ini mengandungi bekalan keseimbangan alam iaitu vitamin, galian dan gentian yang boleh membantu menghalang kolesterol daripada terkumpul dalam badan.

Bahan ini bekerja serta-merta selepas memakan terung yang dibakar atau dimasak yang bertindak menghalang penimbunan lemak atau kolesterol berlebihan.

Terung yang dicernakan membebaskan eleman yang akan mengikat kolesterol lemak di dalam usus, `menangkapnya' dan kemudian, mengangkutnya ke luar daripada sistem anda sebelum boleh berasmilasi di dalam aliran darah.

Ia mempunyai elemen anti penyerapan yang berkuasa dan menjadi penampan kepada kolesterol serta menghentikan perjalanannya ke dalam badan.

Sumber utama nutrien bersama vitamin A ialah bawang biasa. Kedua-duanya untuk membantu membuang penimbunan di sepanjang dinding arteri.

Apabila bawang putih dimakan, nutrien berjaya menentang longgokan kolesterol dan dengan penggunaan minyak yang tidak stabil, membantu memecahkan plak paling degil dan kemudian, menyediakannya untuk dihapuskan.

Karbohidrat semula jadi bawang akan memberi tenaga kepada metabolisme supaya ada peningkatan pemprosesan yang diperlukan untuk membuang kolesterol yang bertimbun.

Sumber Dari : Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment