Friday 6 July 2012

Kesihatan Mantap Tanpa Lingkaran Asap


Kesihatan Mantap Tanpa Lingkaran Asap

by www.moh.gov.my

Asal usul Rokok
Amalan merokok dipercayai diperkenalkan oleh golongan Indian Amerika Utara. Ia disebarkan ke benua Eropah, seawal kurun ke-16, oleh Christopher Columbus.
Tahukah Anda ??
Separuh dari para perokok hari ini akan maut sebelum usia tua, akibat tabiat merokok. Di Malaysia, 50% lelaki dewasa adalah perokok.
Merokok atau Tidak merokok ?
Percaya atau tidak. Berikut adalah alasan biasa untuk merokok:
  • Untuk kelihatan hebat
  • Lambang seorang yang dewasa
  • Pengaruh rakan
  • Tertipu oleh iklan syarikat rokok
  • Mampu dan mudah diperolehi
Faedah merokok
Percayakah. Mereka yang merokok sebenarnya tahu yang merokok itu TIDAK BERFAEDAH.
Dengan merokok, seseorang telah menawarkan dirinya untuk mendapat :
  • Sakit Jantung
  • Penyakit Saluran Pernafasan
  • Kanser Paru-paru
  • Kanser Mulut
Asap Rokok. Asap Maut
Demikian hebatnya asap rokok. Rokok yang dihisap mengeluarkan bahan beracun. Setiap hembusan mengandungi 4000 kimia termasuk :-
  • Aceton (penanggal cat)
  • Toluidine (pelarut industri)
  • Ammonia (pencuci lantai)
  • Methanol (bahan api roket)
  • Napthalene (ubat gegat)
  • DDT (ubat pembunuh serangga)
  • Butane (minyak lighter)
  • Hydrogen cyanide (gas yang digunakan untuk hukuman bunuh)
Kawasan Larangan Merokok
Di bawah peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (pindaan 1997) telah ditetapkan tempat-tempat larangan merokok.
Jangan salahkan pihak berkuasa, jika anda didenda.
  • Tadika asuhan, taman kanak-kanak
  • Dewan
  • Kenderaan awam
  • Tempat makan berhawa dingin
  • Lif awam
  • Hentian pengangkutan awam
  • Hospital/ klinik
  • Institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, Pos Malaysia
  • Lapangan terbang
  • Pusat menbeli belah
  • Pusat-pusat hiburan
  • Kompleks sukan
  • Institusi pendidikan tinggi
  • Sekolah
  • Pejabat Kerajaan
BERHENTI MEROKOK
Anda mampu berhenti merokok! Tiada yang mustahil. Silalah cuba langkah-langkah berikut :
  • Dapatkanlah sokongan daripada rakan, isteri, untuk mencapai cita-cita anda berhenti merokok.
  • Penuhilah masa dengan kegiatan berfaedah. Menyibukkan diri, akan dapat melupakan rasa ingin merokok.
  • Jujurlah kepada diri sendiri. Belajarlah untuk menolak tawaran merokok daripada rakan.
  • Usahakanlah untuk meminum lebih banyak air.
Rahsia 4M atau 6M
Ikuti langkah-langkah berikut :
  • Melengah-lengahkan keinginan untuk merokok. Contahnya dengan melambat-lambatkan mencari rokok.
  • Menarik nafas panjang. Usahakanlah untuk menarik nafas panjang dengan perlahan.
  • Minum air. Berusahalah untuk minum air sebanyak mungkin.
  • Membuat sesuatu. Berusahalah untuk membuat sesuatu yang dapat mengalihkan fikiran anda daripada merokok.
  • Mengunyah makanan. Amalan mengunyah makanan (gula getah) dapat membantu.
Berhenti merokok. Langkah bijak
Anda adalah diri anda yang baru, apabila meninggalkan dunia merokok.
Nikmatilah :
  • Nafas baru yang lebih segar.
  • Diri anda yang baru. Lebih sihat. Lebih sejahtera.
  • Suasana hidup yang lebih sempurna. Deria rasa dan bau anda akan menjadi lebih baik.
  • Jantung dan paru-paru yang lebih sihat. Terima kasih kerana tidak perlu lagihidup dalam kepulan asap rokok.

Sumber Dari www.moh.gov.my

No comments:

Post a Comment