Friday 6 July 2012

Panduan, Strategi Dan Teknik Belajar


Panduan, Strategi Dan Teknik Belajar

by Choy Tak Hong

  • Buat rutin belajar Cari satu blok masa yang tertentu pada waktu siang setiap hari, dan masukkannya dalam pelan belajar anda. Realitinya, waktu yang akan anda gunakan untuk belajar akan ditentukan oleh beberapa faktor:
  • Belajar semasa minda anda di tahap terbaik  Bilakah waktu “puncak persembahan” anda – iaitu waktu dalam satu hari di mana anda lebih mudah belajar?

    Ini berbeza dari individu ke individu lain. Kebanyakan orang lebih mudah belajar pada waktu pagi, tetapi ramai juga pelajar yang suka berjaga malam untuk belajar.
  • Belajar bila anda bolehWalaupun anda mahu belajar semasa minda sedang peka, faktor-faktor luaran juga memainkan peranan di dalam menentukan masa belajar anda. Tidak mungkin anda boleh berada di dalam kedaan terbaik setiap masa.
  • Pertimbangkan tahap kesukaran subjek
    Memerah otak dalam Matematik apabila anda sudah mengantuk mungkin tidak mendatangkan banyak kesan. Minda anda mungkin lebih bersedia untuk menerima sogokan nombor-nombor pada waktu pagi. Matapelajaran sastera mungkin lebih sesuai semasa otak sedang letih. Manalah tahu, mungkin anda boleh mendapat jawapan yang original di dalam mimpi.
Bila anda patut belajar?
  • Di rumah
    Tapi ingat bahawa inilah tempatnya di mana gangguan lebih banyak berlaku.
  • Di perpustakaan Anda mempunyai banyak pilihan, sama ada bilik bacaan yang besar, atau bilik khas yang lebih sunyi dan tersorok, atau petak belajar anda sendiri.
  • Di rumah kawan
    Pilihan ini mungkin tidak berapa digemari oleh ibu bapa kerana mereka rasa mereka perlu tahu jika anda benar-benar sedang belajar, kecuali jika anda berdua memang berdisiplin. Tetapi, mempunyai rakan untuk berbincang atau mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalahan adalah baik sebagai latihan menjawab soalan peperiksaan sebenar.
  • Di bilik darjah yang kosong
    Tentu sekali bukan satu pilihan di kebanyakan kolej dan juga sekolah menengah swasta. Tetapi ia adalah idea yang bagus terutamanya jika rumah anda tidak menyediakan tempat belajar yang kondusif.
  • Di tempat kerjaJika anda seorang pelajar yang bekerja separuh masa atau sedang bekerja sepenuh masa dan belajar separuh masa, anda mungkin boleh meminta untuk  menggunakan ruang pejabat yang kosong, walaupun semasa waktu bekerja, selepas orang lain sudah balik.
Bagaimana hendak menumpukan pehatian 
Tidak kira di mana anda pilih sebagai tempat belajar, bagaimana anda menyusun tempat itu boleh memberi kesan kepada penumpuan anda, dan jika anda tidak berhati-hati, ia boleh mengganggu masa belajar anda.
  • Bina persekitaran yang selesa Saiz dan kedudukan meja atau kerusi boleh menentukan samada anda akan merasa terganggu atau tidak. Walaupun begitu, apa sahaja yang berada di sekeliling anda boleh mengganggu – gambar teman wanita, radio atau televisyen, atau apa-apa sahaja, dan harus dikeluarkan dari ruang belajar.
  • Pasang lampu
    Bereksperimenlah dengan kedudukan dan kecerahan lampu di ruang belajar anda hingga anda jumpa mana yang sesuai untuk anda, dari segi keselesaan dan sebagai satu cara untuk sentiasa segar dan penuh penumpuan.
  • Buat peraturan Beritahu keluarga, saudara-mara dan terutamanya rakan-rakan anda betapa pentingnya pembelajaran anda dan waktu belajar anda tidak harus diganggu.
  • Berehat 
    Berehat seketika boleh membantu anda meningkatkan tumpuan apabila anda kembali ke meja.
Lawan keletihan dan kebosanan
Anda telah memilih ruang belajar yang terbaik dan membina persekitaran yang sesuai, tetapi anda masih lagi bertungkus-lumus untuk berjaga. Cuba buat perkara berikut.
  • Tidur sebentar 
    Apabila anda terlalu letih untuk belajar, tidur sebentar supaya anda kembali segar. Dua puluh hingga 40 minit sudah mencukupi.
  • Minum 
    Sedikit kafein atau tanin tidak akan merosakkan anda – secawan kopi atau teh. Tetapi hati-hati jangan sampai anda terlebih mengambilnya – kafein mungkin membantu anda berjaga, tetapi pada satu tahap ia akan membuatkan anda lebih letih.
  • Ubah jadual belajar anda
    Andaikan anda mempunyai pilihan, cari jalan supaya anda  boleh belajar semasa anda biasanya lebih segar atau lebih efisen.
Nasihat biasa? Tanya mereka yang telah berjaya dalam peperiksaan, mereka banyak menggunakan akal waras. Lagipun, apa yang penting ialah keputusannya, bukankah  begitu? Amalkanlah…
Choy Tak Hong ialah pengasas portal pendidikan tempatan, SchoolToYou Sdn Bhd, yang menyediakan bantuan kerja rumah dan perkhidmatan penilaian bagi pelajar-pelajar dari Tahun Satu hinggaalah Tingkatan 5. E-mel beliau ialah: choy@schooltoyou.com

No comments:

Post a Comment